Monday, October 29, 2012

Tiramisu

Tiramisu, an italian dessert. Sedang menikmati Tiramisu sebenarnya. Tiramisu ni asalnya saya buat dengan swiss roll. That was 5 years ago. Dan selepas tu saya buat beberapa search di internet for the actual Tiramisu. Alhamdullilah, dah 2 tahun dgn recipe Tiramisu sebenar.

Sangat mudah membuat Tiramisu. Dan difahamkan ianya dessert yg rendah lemak. Tanpa penggunaan butter hanya cream cheese. Dan inilah leftover Tiramisu yg saya sedang nikmati


Nampak tak cantik kan :( inilah gejala dipotong scoop bagai oleh anak-anak saya. Insyaallah, buat lagi nanti dan take a pic yg cun dari ini. Ok, jgn tengok keadaan Tiramisu ini tapi meh saya nak cerita rasanya. Buat para peminat cheese, inilah dessert anda!

Dan inilah resipi Tiramisu saya yg termudah. Easy to handle and great to eat!

BAHAN- BAHANNYA: 
--------------------------
500 grams cream cheese (room tempreture) 
** saya guna brand name dr Australia, apa jua jenis boleh saje 

1 packet biskut lady's finger 
** setakat ni jer brand name yg dijual di Malaysia

1 kotak whipped cream 

2 teaspoon Vanilla Extract
** guna vanilla pods pun boleh

1 tin susu pekat
** saya tak habiskan satu tin, setakat ambil cukup manisnya sahaja

1 biji telur 

4 cawan air bancuhan nescafe (tanpa gula) 
** sejukkan, kalau ada instant expresso lagi bagus

Cocoa powder secukupnya 


CARA MEMBUATNYA: 
-----------------------
Combine cream cheese, whipped cream, vanilla extract pukul sampai sebati. 

Masukkan telur dan susu pekat sehingga secukup manisnya. 
Taste as you whisk. 

Sediakan baking dish, paling bagus segi empat. 
Tak ada baking dish, loyang pun boleh juga. 

Ambil biskut lady's finger dan celupkan pada air nescafe. 
Celup sehingga biskut tu absorb air nescafe. 
Make sure toskan sedikit utk excess air dr biskut turun. 
Then susun pada baking dish & lakukan process ini sampai tutup 1st layer baking dish. 

Kemudian cover dgn adunan cream cheese tadi. 
Dan lakukan 2nd layer biskut tersebut. 
Kemudian cover dengan cream cheese sekali lagi. 
Done! 

Masukkan dlm peti sejuk BUKAN di freezer. 
Sejukkan untuk 5-6 jam. 
Sebelum hidang potong bagai, drizzle dgn koko powder menutupi cream cheese. 


Dan beginilah hasilnya setelah process layer by layer selesai, set in the fridge 
and drizzle with chocolate powder
(gambar saya ambil dari google search) 


Paling bagus makan Tiramisu dengan breakfast tea yg panas suam gitu. HEAVEN! hehehe... Boleh dibuat malam dan esok just nice Tiramisu ni set. Dan ianya tahan sampai 5 hari, Insyaallah. Pastikan leftovers cover dgn cling film supaya tak ianya menyerap apa jua bau dlm fidge kita. 

Mangikut resipi asal Tiramisu, cream cheese Mascorpone digunakan. Oleh kerana cheese jenis tu very expensive, saya cuma guna cream cheese biasa jer. 

Juga ada resipi yg masukkan Masalla wine, void ajer. Mengikut resipi sebenarnya, tiada alchohol dimasukkan tapi semuanya ikut citarasa si pembuat. 

Yang pasti kita mulakan dgn Bismillah & sambil tu selawat tatkala membuat Tiramisu ni kan, lebih enak gitu! 

** SELAMAT MENCUBA **

No comments:

Post a Comment