Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Perlis.. Kuala Perlis

Berada di Perlis amazed saya. Kenapa? sawah padi berada di mana-mana. Ada pula kawasan perumahan yang betul-betul sebelah sawah padi! Bukanlah pelik tapi amazingly different dari kampung saya. 

Perlis, kata orang tak ada apa.. bandarnya kecil dan kawasan perkanpungan yang banyak. Tapi yang mahalnya adalah view. Memang sejuk mata memandang terbentang luasnya sawah padi yang menghijau.

Ok, lessons about padi to my kids hehehe... Ayahnya selaku pengajar tanpa lesen untuk anak-anak melihat dengan lebih dekat dan jelas apa itu padi. 





Anak-anak memang excited. Kami terangkan bagaimana padi di tanam sampai ianya dituai. Dan kami ceritakan bencana alam yang berlaku di mana ianya merosakkan tanaman padi dan para petani mengalami kerugian. Sengaja kami ceritakan agar anak-anak kami faham akan sukarnya mencari rezeki especially para petani yang depending pada hasil tanaman untuk sara hidup mereka. 
Mudah-mudah mereka faham dalam hidup ini perlu kerja keras di samping menjadi seorang yang bijak. 

Dan selepas itu kami ke rumah Pak Chak & Mak Chak yang berada di Kuala Perlis juga. Mereka adalah saudara sebelah suami saya. Syukur Alhamdullilah sampai juga kami ke rumah mereka. Memang saya dah lama nak visit depa dan penutup 2012 adalah destinasi ke rumah Pak Chak :-) 


Inilah Pak Chak & Mak Chak kesayangan kami. 
My kids call Pak Chak ni as Tok Chak Comel :-))
Selepas ke rumah depa, kami dibawa makan laksa di Kuala Perlis. Makan laksa colek dengan pulut panggang. Itu yang Pak Chak ajaq suh kami cecah hehehe.. ok la jugak, experience makan cam gitu. 
Tapikan saya perasanlah, orang Perlis ni kalau buat pulut panggang memang superb! Sedap sangat! 



Rumah Pak Chak. Very nice home and CLEAN!
Saya suka rumahnya, sunyi dan aman jer. 
Dan rumah ini sudah 4 kali dilanda banjir. Air nak surut memang payah ambil masa seminggu. Sabar yer Mak Chak, Pak Chak. 
Insyaallah, kami akan kembali ke Kuala Perlis. Kembali untuk bertemu Mak Chak, Pak Chak & Wang Kelian hehehe

Wang Kelian!

Menyambung kembali coretan Taiping saya, kini saya update akan Wang Kelian. Ianya dalam Thailand kiranya saya cross border Malaysia-Thailand. 

Wang Kelian satu lagi destinasi membeli belah dengan harga berpatutan. Kalau dulu Padang Besar jadi tumpuan, la ni pelan pelan depa pi serbu Wang Kelian. 


Inilah  Wang Kelian. Susunan gerai-gerai jualan dari penduduk Thailand. Dan saya berada di Thailand! Tanpa passport :-)) kerana ianya dibuka exclusively pada setiap Ahad untuk warga Malaysia

Apa yang menarik adalah barangan di sini. Quality jauh lebih baik dari Rantau Panjang. Harga pun sangat berpatutan. Para peniaga boleh dikatakan kebanyakkannya adalah Islam. 

Komunikasi agak mudah. Ishh.. nak citer macam tak cukup screen nak saya taip. Apa kata ke sana ajer sendiri experience Wang Kelian. 


Pulang dari memborong di Wang Kelian, kami singgah at the road side untuk abadikan pemandangan cantik ini. Kedudukan saya ketika ini adalah di atas bukit. Cantik kan? Priceless sungguh pemandangan ini. Mata memang asyik melihat hijau merentang luas. 

Buat pengetahuan, Wang Kelian berada di sebalik bukit maka perjalanan di sana umpama nak ke Genting Highlands. Dari kaki bukit ke lokasi shopping ambil masa less 30 minutes. 



Suami saya seorang yang sangat menyukai nature. Apabila spotted pemandangan cam ni, memang tak lepas peluang langsung. Bergambar adalah kemestian. 


Dan inilah ladang tebu
Diambil at the road side, siap berhenti kereta lagiks. 
Masa tu pagi sebelum nak sampai ke Wang Kelian. 
Ladang tebu yang luas ini terletak sebelum sampai Padang Besar. Luas terbentang! 

Saya syorkan sesiapa ke Perlis on weekends, singgah ke Wang Kelian. Nasihat saya, pi la pagi, lepas solat subuh, breakfast jap then shoot ke sana. Kedai jualan buka awal pagi berbanding Padang Besar, dalam kul 10 cam tu baru beroperasi. 


Gambar di atas tu adalah menu makan pagi saya setelah penat membeli belah. Dalam pukul 10 pagi kami menjamu selera di salah sebuah kedai makan di sana. Bab lapar, jangan risau, memacam depa jual. 
Ok, pagi tu saya makan nasi dengan ikan darat cam masak pindang campur nenas, perggghhhh, sedap beb! Siap ada sambal belacan (ini sambal belacan memang kaw habis!) yang buat air hidung saya meleleh. Sayur gulai terung yang memang lain dari lain.. the food was light and simple. Sempat saya tambah daging masak kicap. Hubby saya makan laksa siam. Dan kami kongsi air teh o panas. Kesemuanya RM8.00!
Marsyaallah, murahnya :-) 
oopps.. termasuk ulam ulaman yang disediakan dalam sebuah dulang kecil. Ianya adalah percuma tanpa apa-apa extra charges!


Note: Berhajat ke Wang Kelian, untuk pengetahuan, tanda jalan bagai memang tak friendly sebab ianya tidak diwar warkan secara meluas akan Wang Kelian sebagai satu lagi destinasi shopping. Heading ke Changlun Insyaallah ada sign board ke Wang Kelian. Takes 1 hour from Kuala Perlis. Hope information helps. 

Thursday, January 3, 2013

Taiping, sekali lagi...

Dan sekali lagi kami ke Taiping... naik jemu ek akan trip kami ke Taiping tapi kali ini untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu kami sebelah ibu saya. 

Dalam pada ke Taiping, on the way ke kenduri, hubby cadang nak ke Perlis untuk ziarah bapa saudaranya di sana dan saya kata ya, mengapa tidak. 

Sedikit bingkisan dalam bentuk gambar saya kongsi bersama. Anggap perkongsian saya di blog ini umpama sebuah 'diari' kehidupan yang saya kongsi dengan niat yang baik... naiwaitu ini hanya ALLAH jua Yang Maha Mengetahui. 


Menunggu abang saya di Zoo Taiping
Kami tak masuk sbb tak sanggup lenjun peluh nak ke kenduri


Dan malam sebelum esok nak kenduri, kami sampai 
Taiping dan dinner mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang
My advise, jangan makan malam mee udang ni 
Tak berapa fresh :-( 


Dan inilah 'rombingan cik kiah' yang bersedia untuk serbu kenduri kahwin di Taiping
Bergambar di ruangan jualan di Zoo Taiping


My family! 
Dari kiri Atiqah, Hanisah, Zahirah, saya, Zaidi, Firdaous & Aisyah manakala Zarif si photographer
yg mengambil gambar ini



This is lovely... sebenarnya saya tak fikir nak amik gambar
cam gini tapi tak mahukan ruangan kosong anak sedara saya bernama Ain, maka saya isikan. 
Yang gambar di atas Aisyah bersama Ira... 

Boleh saya katakan trip ke Taiping kali ni kami bersantap dengan kenyangnya, Alhamdulillah. 
Dengan cendol bersama kacang, sotong kangkung, yong tau foo dan tak lupa pada lauk kenduri (daging masak hitam memang sedap!!). 

Selepas semuanya selesai, jam 5 petang off to Perlis... Kuala Perlis....