Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Zahirah and Atiqah

Spotted foto di macbook, bila la masa depa amik gambar bagai. Dengan pantas saya ingin abadikan dalam blog saya ini. Bukan apa, sukar nak dapatkan gambar si kakaknya Atiqah. 


Zahirah sudah kami potong rambutnya. Easy maintenance with a short hair. Tup tup dah 3 minggu ni saya perasan rambutnya cam dah panjang sikit. Kejap ek rambut budak ni memanjang. Tak per, belum cecah bahu lagi :-) 

Monday, November 5, 2012

Me, Ira and Bokitta Voila!!!

Alhamdullilah Bokitta saya dah sampai. So, this is me in Bokitta Voila Plus Black and Ira :)




Apa itu Bokitta Voila?? Inilah tudung saya spotted di Youtube. Bagai tudung lilit TANPA pins bagai. Just sarung jer. Mudah kan :) untuk kelainan bertudung tapi masih menepati ciri-ciri menutup aurat. Meh tengok vid ni....



Ada satu lagi saya beli yg bercorak, warna olives. Insyaallah saya loadkan nanti. Tapi rasanya kesesuaian saya adalah yg jenis plus, labuh sedikit. Apa pun, fabriknya amat selesa :)

SYUKRAN!!!

** sorry background gambar me and Ira berlatar belakangkan kazanah rumah kami hehehe...

Sunday, November 4, 2012

Pisang, hasil tanaman belakang rumah

Alhamdullilah, kali ke-2 kami merasa pisang emas yg masak di belakang rumah. Kali ni ada setandan lagi kat pokok yg belum kami tuai. Dan inilah pisang yg earlier kami tuai dan pokoknya telah kami  tebang seminggu lepas.

Sebahagiannya saya dah buat adunan untuk chocolate banana muffin saya. Insyaallah sat kang siap la tu. Dan inilah pokok-pokok pisang belakang rumah saya. Anak-anak pisang. Dan kalau perhati betul-betul belakang daun-daun pisang tu ada setandan yg saya belum tuai. Hujung minggu ni Insyaallah, kami tebang bagai.
And look at my cat, Beat sedang berehat kat situ. Dengan cuaca suram sejuk rasa nyaman sangat. Syukur kerana kenikmatan yg diberi ALLAH ini. Mudah-mudahan rezeki dlm apa jua bentuk berterusan diberikanNYA pada kami sekeluarga, Amin.