Showing posts with label Skincare/Makeup. Show all posts
Showing posts with label Skincare/Makeup. Show all posts

Friday, August 16, 2013

Yves Rocher - Anti Age Global - Night Cream

Saya mulakan dengan sesuatu yg ingin dikongsikan. Pada Mother’s Day saya ke outlet Yves Rocher untuk ambil free perfume dari sana. Masa yang sama suami belikan set perfume yang lain comes with body gel. Memang harum :) sekali pakai bilik air semerbak. 

Sales girl tu pun beri saya beberapa trial packet kecik-kecik night cream Anti Age Global. Lepas tu apa lagi, saya pun pakailah. Pakai malam dan esok pagi, kulit muka saya masih moist and nice. Serious! Inilah night cream the best saya pernah pakai. Even SKII pun x sebegini :-) 




Maka saya pakai lagi esok, 3 hari berturut-turut. Hebat! Cuma nak beli saya tangguh sebab cream SKII masih banyak dan lagipun baru 2 bulan saya beli masa tu. 

Masa yang sama saya pun google review tentang night cream ni. Memang menakjubkan! Yang bagi review kata memang terbaik. Ada yang grade kan sebagai A. 

Saya sendiri tak nafikan inilah product night cream terbaik sepanjang percubaan saya. Selama ini saya sangka SKII produced the best tapi ini lebih bagus. Dengan bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan maka ianya InsyaALLAH serasi dengan kulit muka. 

Hajat saya nak grab satu (haah, satu jer laaa huhuhu) dan saya dapati ada promosi beli night cream ni dapat free 3 product Yves Rocher. Harganya RM289 (cam tu la kot, ingat-ingat lupa ni) tapi dengan hasilnya, worth the price :-) Still, saya x leh beli dulu sampai night cream SKII saya licin habis. 

Tak apa, kita tengok rezeki cam mana, kalau ada, saya beli masa terdekat ni. Kalau tidak, InsyaALLAH,  kalau dah memang nak jadi kita punya ianya tak ke mana. 

** tatkala saya update, cream SKII saya belum surut separuh container pun huhuhu... x per, x per hehehe 


Monday, January 28, 2013

UV Perfect by Loreal - dari kaca mataku!

Salam, kembali dengan product kesukaan saya iaitu UV Perfect dari Loreal Paris. Di sini saya nak ulaskan dengan pandangan sendiri kenapa UV Perfect masih bertahan sebagai product 'mesti ada' dalam make pouch saya :-) 

UV Perfect boleh di dapati di Guardian Pharmacy, Watson dan hypermarket juga supermarket even kedai runcit kat kawasan 'glamer' pun ada hehehe 
Harga: RM25.00
**beli masa sale, biasa RM31++)


pilihan saya kali ini adalah Even Complexion
ada juga Anti Dullness
pilih mana nak tapi cuba kedua-dua
Insyaallah u'll know which suits u most 



mulut tube yg mess free :-)) 
bila picit kita boleh estimate banyak mana nak
dan tak meleleh pada mulut tube
packaging wise saya berikan 4.5/5 




ini yg saya maksudkan dengan amount control
banyak ni saya nak, maka itu jer ler yg keluar
selebihnya tidak pada mulut botol 
and this much sudah memadai pada keseluruhan muka 


dan inilah hasilnya bila saya sapu
tested pada tangan saya
tak greasy 

** sorry ketajaman pic melalui camera handphone saya 
tak berapa bagus

Tuesday, December 18, 2012

Make Up For Ever Foundation

Kenapa HD foundation? Kerana ianya menutup setiap apa yang kita tak suka di wajah kita umpama parut gelap, jerawat atau apa jua yang memang foundation biasa tidak menutup secara menyeluruh.  

'This HD foundations is flawless on your face.
 It works termendously unbelievable to cover scars even black spots that does not work on normal foundation' 


Make up For Ever HD Foundation
Quantity: 1.01 oz / 35ml
Price: RM135 per bottle 
Kaunter: Sephora KLCC
didatangi dengan tonasi yang sesuai dgn kulit

Pada harga yang mahal, ianya adalah foundation terbaik pada yang mempunyai parut atau apa jua kesan pada muka yang sukar untuk kita lapiskan dengan foundation yang biasa. 

Rating: 4.5/5
**saya suka texture foundation nya yg pekat dan menutup liang kulit dengan baik sekali!


Smashbox Loose Powder

Ini adalah loose powder dalam versi sangat user



'Twist the top of the holo that works as a shaver. It shaves the powder cake and you control the amount of powder desired'


Smashbox Halo Hydrating Perfecting Powder 
In a casing with mirror and brush
Price: RM125 at Sephora KLCC

Jika dulu casing loose powder bila kita on mobile tatkala nak buka penutup ianya berdebu. Kini dengan versi serba mudah ianya lebih 'bersih'. 

Pada peminat loose powder yang lama meninggalkannya, maka boleh kembali dengan jenama Smashbox!

Rating: 4/5 
**personally saya suka product ini dari hasil tontonan di Youtube



Me in so so less make up

Me must have AND must wear before going out is

SPF & UV protection by Loreal
Foundation - Farmasi
Pressed Powder / Loose Powder - Farmasi 
Eyeliner - black or brown
Lipstick - almond pink
Blusher - roses

Eye shadow will be used on certain event. For normal outings, I don't even use any. And this is what happens when I have 'none' on my face.



Me, 42 to be healthy skin I care most. No, I am not a wrinkle freak. I am worried with dead cells, black heads, acne etc... While wrinkles, as you aged it will come to you. All given by ALLAH The Great :-) At present, Syukran for all ALLAH has given to me, and for years to come. 

Alhamdullilah