Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Misi Karipap Pusing

Petang kelmarin buat karipap pusing, akhirnya. Mana tak, dah berapa kali keluar masuk si shortening ni sampai tak terkiralah bilangannya :-) dan petang tu, Atiqah kata 'nak buat ke ibu karipap pusing ni?' Dan me said 'jom.. buat la kan, dah banyak kali kita dok defrost shortening ni'... maka misi pun bermula. 

Dan inilah hasilnya huhuhu


Tak berapa cantik. Sesetengahnya ada yang pusing 
dan ada yang macam tiada character karipap pusing 
hehehe.. tak per la janji resipi yg dipindah milik 
ibu mertua 7-8 tahun lalu saya praktikkan :-) 
Texture kerapuhan dah ada cuma nak lebih menjadik lagi 
Insyaallah... ada masa kita buat lagi 

Terima kasih pada Atiqah yg bantu ibu menggoreng 
karipap ni tapi teknik nak goreng ni ibu kena tutor pada Atiqah, Insyaallah. 

Karipap pusing berintikan tuna ****



Friday, January 18, 2013

Kiraku, Japanesse Restaurant @ Cyberjaya

Kini di Shaftsbury Square Cyberjaya ada restoran makanan Jepun yg terletak di tingkat 2. Dan saya juga suami berkesempatan mencuba makanan di sini. 


So far Alhamdullilah, inilah makanan jepun paling sedap pernah saya makan. Saya yang bukan pengemar sashimi, menyukai sashimi di sini dan cukup tidak suka dengan green tea ice cream, sudah mula 'jatuh cinta' dengannya hihihi... 


Seating at table no 5, ada sesame chilli oil, kicap jepun dan memacam kat meja ni. Saya tak add in apa-apa dalam hidangan saya sebab rasanya sudah cukup sempurna. yang bersusun tu adalah lipatan tissue.. nice kan :-) and a candle to lighten up our table :-)



Menu saya adalah set chicken katsu bersama minced beef with tofu  served with rice and miso sup. Chicken katsu is superb! moist! and miso sup nya sangat sedap. Huby had seconds for his miso sup :-)) 

And hubby is having sashimi. Perghh, inilah ketakutan besar saya bila comes to sashimi. TAPI! haaa...persepsi saya berubah habis. Kerana sashimi nya waduh!!! so so fresh.. tuna melts in ur mouth! macam cuts of puding pun ada. Hubby was groaning in happines hahaha... mata membulat dan senyum terpancar! (tanda sgt berpuas hati).
**tak ada pic nak sertakan, sorry


Last but not least, green teas ice cream with red bean. Lagi satu 'benda' yang eksotik amat saya tak suka TAPIIIII!!! hehe... mak oooooiiii, sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! I can't stop stroking dessert spoon to my mouth hihihi... 

Total price for this meal was RM85++. My chicken katsu set was RM28++, sashimi set tak ingat dah harga... green tea & red bean ice cream RM12++ (for a single scoop, nasib baik order satu jer :-))) dan we had japanesse tea, hot RM3.00 per cup. 

Apa yang saya boleh comment secara keseluruhan, AWESOME!! I come back again Insyaallah extra rezeki dan panjang umur. We are very lucky that me and hubby suka japanesse food while our kids memang tidak hihihi ... kalau tak a table for 8 can cost us perggghhh... ayah depa dapat bonus baru leh pi makan kat sini...


Alhamdullilah, another rezeki given to us, Amin. 

Wednesday, December 5, 2012

Baskin Robbins

Semasa dalam perjalanan ke Penang hari tu, kami berhenti di R&R Tapah. Punyalah ramai orang. Kereta pun penuh parking. Alhamdullilah masa tu kami dapat parking, tak lama menunggu :-) 

Oleh kerana saya bawa bekal untuk sarapan maka tak ada masalah untuk makan sebab kebanyakkan gerai makan anak-anak saya kurang suka. Complete dengan air teh O sekali hehehe... cam tu lah gayanya bila travel. Saya mesti bawa apa-apa makanan home cooked sama ada sarapan atau lunch. 

Selepas itu kami makan dessert. Hehehe, dessert after breakfast :-)  saja ayahnya nak treat anak-anak in a long journey. 


The boys in a group dengan ayahnya.
While me and my girls.
Perasan tak kat belakang me and my girls :-)
The most ice cream of Baskin Robbins that I love most is
Sweet & Salty
Manakala anak-anak lelaki saya especially si abang Zarif tu 
suka jenis sorbet, yang masam-masam. 
Siap bising kakak-kakaknya dengan ice cream yang dipilih. 
As for me, masing-masing suka laaaa
:-) :-) :-) 

Friday, November 30, 2012

Sepetang di Kuala Sepetang

Dalam perjalanan pulang hubby divert ke exit Taiping untuk ke Kuala Sepetang. Niat ingin mencuba mee udang Mak Jah yang famous tu. 

Redah punya redah banyak jugak gerai makan mee udang. Macam-macam nama ada. Tapi misi adalah mencari mee udang Mak Jah dan gerai mee udang Mak Jah kami sampai. 

Lokasi di tepi jalan selepas Hutan Simpan Paya Bakau. Kalau gerai tu nampak ramai orang sah sah Mak Jah nyer. Belok jer masuk ke gerai Mak Jah, ada surau di hadapan, mudahnya. Lepas makan boleh solat jamak. Malah parking lot pun disediakan.  

Teruja dengan menu Mak Jah yang udang segala, kami order mee udang dan nasi goreng udang. Ada special dan ada biasa. Bezanya yang biasa udang L size manakala yang special udang XL size. Oleh kerana anak-anak saya bukan penggemar udang, maka yang biasa kami order manakala hubby minta yang special, niat nak tengok size udang besar cam mana. 



Ini mee udang special, harga RM11.00 semangkuk dan lihatlah betapa berpuas hatinya hubby saya hehehe
Memang sedap mee udang Mak Jah ni
Kuahnya tak terlalu pedas, bak kata secukup rasa
Tak leh nak cari negative fault pada juadah mee udang ni 




Manakala saya makan mee udang biasa, RM7.00 semangkuk
Anggaplah udang size ini sudah cukup bagus pada saya
 Udangnya pun banyak, memang puaslah makan udang
Kuahnya superb! Nak copy pun rasanya payah ler... 
Manis udang ni terasa sangat malah masak udang ni just perfect
Tak over cooked
Begitu juga nasi goreng udang ni 
Nasi gorengnya sedap
Udang dalam 7-8 ekor dalam nasi goreng ni
Diletakkan dalam bentuk sampan dan kuah sebelahnya 
adalah kuah mee udang





Boleh dikatakan berbaloi la drive ke Kuala Sepetang
Anak-anak saya kurang gemar udang maka mak ayah depa 
la yang belasah udang-udang ni 
Saya syorkan kalau ke utara singgah sebentar ke Kuala Sepetang
untuk menikmati mee udang Mak Jah
Pastikan Mee Udang Mak Jah! 
(promosi ni hehehe) 



Wednesday, November 28, 2012

Chocolate Cupcake

Misi cupcake lagi... dan kali ni chocolate cupcake with cream cheese frosting. Alhamdullilah, cupcake saya texture seperti mana yg sepatutnya. 

Bila difikirkan memang benarlah baking memerlukan skill dan latihan. Insyaallah, kalau saya berterusan begini, mungkin saya punya baking skill akan cambah pelan pelan hehehe... 


CHOCOLATE CUPCAKE 
WITH CREAM CHEESE FROSTING
****************
Bahan-bahan:
------------------
1/2 cup butter 
3/4 cup granulated sugar 
1/4 cup brown sugar 
1 whole egg
1/2 cup cocoa powder 
1 cup flour 
1/4 tsp salt 
1/2 tsp baking soda 
1/2 tsp baking powder 
3/4 cup buttermilk 
(substitute dengan yoghurt) 
1 tsp vanilla extract 
1/2 tsp instant coffee or espresso powder 

Cara-caranya: 
-------------------
Cream - butter & sugar --> egg
pastikan ianya incorporated
dan masukkan vanilla extract & instant coffee

Kemudian ayak bahan kering
--> flour, cocoa powder, salt, baking powder, baking soda

Masukkan bahan kering tadi dlm adunan cream
dan diikuti dengan buttermilk

Mix bagai tapi jangan over mix

Tempreture oven 175c dan pastikan oven panas bila 
masukkan acuan cupcake dlm oven & bakar utk 18-20 minit

Adunan ini menghasilkan 12 cupcake

FROSTING
*******
Bahan-bahan:
-----------------
2 cups icing sugar 
(ayak supaya tak berketul)

130 gram cream cheese
2 Tbsp butter (room tempreture) 
1 Tbsp milk (apabila perlu) 

Cara-caranya: 
------------
Adun kesemuan bahan dalam mixer. Setelah adunan dah sebati dan creamy, boleh deco pada cupcake. 

**kalau ianya terlalu pekat, tambahkan susu 1 Tbsp dan jika texture memenuhi apa yang mahu, tak perlu tambah susu :-) 

Happy Mem-Baking!!!!

Wednesday, November 21, 2012

Vanilla Cupcake, without frosting

Projek baking lagi :-) kali ni Vanilla Cupcake tanpa frosting. Hajat nak buat frosting buttercream tapi hasil cupcake saya agak manis, maka saya simpan hajat tu. Butter yg dah room tempreture saya masuk semula dalam fridge.... Insyaallah, next time kita ber-frosting.

So my vanilla cupcake was eaten at it's own. Alhamdullilah taste delish! Thank you for the recipe from Laura Vitale. She makes baking as friendly as it is. Dulu baking pada saya macam scary bila hasil tidak memberangsangkan. Adakala sampai saya tak mem-baking gara-gara tak leh nak get the batter, texture and taste up to a satisfaction.


VANILLA CUPCAKE (NO FROSTING)
****************

SERVES 12 PCS
OVEN TEMPRETURE 175c FOR 20 MINUTES

1 cup granulated sugar 
1 stick of butter at room tempreture (113 grams) 
2 egss 
2 tsp vanilla extract 
2 tsp baking powder 
1/8 tsp salt 
1 1/3 cup flour 
1/3 cup whole milk - I substitute with plain yoghurt for 1/3 cup + 1 Tbsp

  • Cream butter and sugar. Add eggs and incorporate the batter followed by the vanilla extract
  • Mix dry ingredient in another bowl - flour, salt & baking powder 
  • Mix the dry ingredients in the wet mixture
  • Then slowly the milk add or yoghurt
  • Mix well BUT dun over mix
This a basic vanilla cake recipe while the frosting 
you can create whatever flavour that compliments the cuppies

Selamat mencuba!!! 

Monday, November 19, 2012

Triffle!!

Semasa di Terengganu, my sister made triffle. The triffle was so different dari triffle yg saya biasa tengok. Recipe triffle nya menggunakan bahan yg minimum. Setelah diadakan Q&A, maka terhasil lah triffle petang tadi.



Dan ini sebahagian bahan yg saya gunakan. Yg saya tak masukkan adalah tepung custard, fresh milk & vanilla extract.


Untuk base di bawah sekali, saya gunakan pound cake yg saya baked sendiri. Sebab malas nak pi beli swiss roll cake maka saya ambil keputusan just bake a cake. Cuma dari pengamatan saya, swiss roll cake adalah yg terbaik, perasa vanilla.

Kristal Jelly Nona pilihan saya dan fruit mix (cocktail) Dole saya gunakan. Heavy syrup dalam fruit mix ini saya masukkan dalam adunan custard yg saya tambah susu, vanilla & sedikit garam.

At the end, ianya sungguh triffle cam ni. Cost of making pun tak la mahal, just nice. Manakala triffle orang putih banyak pakai cream & buah buahan berries yg fresh. Sangat mahal modalnya tapi sesekali mencuba apa salahnya. As for me, Insyaallah ada masa & rezeki lebih ingin saya cuba triffle orang putih laks :-)

Sunday, November 4, 2012

Chocolate Banana Muffin, done!

Alhamdullilah, selesai mem-baking chocolate banana muffin dari resipi si Laura. Dapatlah 24 muffins tadi. Inilah hasil pisang di tanam belakang rumah (I posted earlier pagi tadi).

Kini pisang emas dapat dipelbagaikan. Berbanding dulu, saya agak tak berapa nak buat benda baking ni. Kalau buat pun penuh hati hati. Naik rimas kadang sukat menyukat ni macam strain sangat :-))))
Sebenarnya baking is not so scary. Alhamdullilah, dah 4 years membaking (masih peringkat amatur) it is not that bad. And Laura makes baking simple and hassle free.


Muffin tu saja saya kepak dua. Nak tunjuk texture la kunun hehehe... tapi kan memang fluffy and so tasty as the recipe says.

Lunch hari dgn cheese burger & chocolate banana muffin with tea O panas. Memang comfort food tatkala hujan lebat. Tadi ambil anak dr sekolah memang lebat giler.

Apa pun saya anggap rahmat hujan ALLAH yg berikan. Alhamdullilah :-)

Thursday, November 1, 2012

Tiramisu Cupcake done!

Alhamdullilah, dalam pada dok hujan di Putrajaya akhirnya saya merajinkan diri utk membuat Tiramisu Cupcake. Oleh kerana bahan-bahannya mudah dan memang ada di rumah, apa lagi, bersilat la saya di dapur.


Dan inilah hasilnya :) texture cake ini macam kek kukus dengan rasa coffee.

Resipi asal frosting menggunakan heavy cream tapi saya tukar kepada cream cheese frosting. Alhamdullilah, tiramisu memang sinonim dengan cream cheese maka rasanya memang wonderful!