Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul, 24hb January 2013

Esok bakal menyambut Maulidur Rasul junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. Sedikit informasi tentang Muhammad s.a.w.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN 

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN 

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN 

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN 

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN 

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN 

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN 

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN 

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

Bila kita imbas kisah Nabi Muhammad s.a.w wafat, pesanannya adalah JANGAN TINGGAL SOLAT diikuti dengan UMATKU, UMATKU.. begitu Nabi Muhammad s.a.w amat menyayangi kita semua. Itulah yg dikatakan saat akhir nyawanya. 

Berikan Nabi Muhammad s.a.w kedudukan yang tinggi dan terpuji yang telah ALLAH janji, Amin. 


Sunday, January 20, 2013

Kenduri kahwin anak mamu Akob (sebelah hubby)

Activity Sabtu 19hb January 2013 ke kenduri Mamu Akob yang selamat diadakan di Meru. Sebenarnya kenduri ini adalah kenduri menyambut sebelah lelaki. Yang belah perempuan memang kami tak pergi jadi as a replacement, kami pi di Meru bagi memeriahkan lagi rombongan belah perempuan.



Me and hubby plus Ira
Selesai menjamu selera, kami bergambar
The food was very nice, Alhamdullilah :-) 


Ini pula bapa sedara yang menetap di Kota Bahru Kelantan. 
Bayangkan the last time kami ke rumahnya di Kelantan, 
masa tu yang sulong umur 5 tahun... dan sampai kini 
kami tak ke Kelantan! 


Looking at this picture, I realized how I have aged! 
I am gonna be 42 this April and yes, being in the 40's is great!
Alhamdullilah, syukur :-) 


Baru nak bagi signal kat anak kasi penuh gambaq ni
emmm... cam tu la hasilnya.. tengok la tangan si ibunya
memang belum turun perkemaskan keadaan hehehe
tak pe, candid camera!!! 

Selebihnya kami singgah at the road side beli 
nenas, labu, popiah basah & goreng hasil tangan 
orang kampung. 
Nenas memang superb manis! Popiah sedap la jugak 
TAPI mak mertua saya buat lagi lentok sedap 
huhuhu... miss betul popiah Mak Tok :-(( 

Zahirah, now 3 years old!

Tanggal 13hb January 2013, anak bungsu saya Nur Zahirah binti Mohamed Zaidi sudah berusia 3 tahun. Pejam celik pejam celik, pantas masa berlalu dan kini sudah 3 tahun si kecil ni. 

Rasanya cam baru ajer melahirkan Zahirah malah scene melahirkannya pun masih cerah dalam ingatan. Juga berkongsi tarikh ini perginya arwah ayah kandung saya yang sudah 3 tahun meninggalkan kami semua. Al Fatihah. 




Macam-macam gaya dan kerenah budak kecik sorang ni. Adakala si kakak-kakak dan abang-abangnya hilang sabar jugak hihihi... 
Apa pun ibu doakan Ira jadi anak yang solehah, 
dijauhkan dari dosa-dosa besar dan berjaya di dunia juga akhirat, Amin. 

Tuesday, January 1, 2013

Salam 2013, lembaran baru...

Salam 2013 pada semua rakan taulan dan para penyinggah (terima kasih atas kesudian anda) dan semoga lembaran 2013 ini memberi suntikan baru atau lebih  menyuntik semangat kita terus 'maju' dalam semua erti kata terutama memajukan diri dalam pendekatan amalan kita semua, Insyaallah (termasuh diri ini). 

Kami tak melakukan apa2 countdown. Sekadar menonton ucapan PM sahaja. Lepas tu off to bed. 

Tapi sebelum tu Putrajaya dum dam dum dam bunyi mercun bagai. Meriahnya Putrajaya... 

Juga lembaran 1hb January 2013 ini genap setahun arwah ayah saya meninggalkan kami semua. Doa kami agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman, Amin. 

AL FATIHAH

Thursday, December 13, 2012

Me, Family and soccer (AFF Suzuki Cup)

Salam dan lama saya tak update di sini. Been kinda busy dengan macam-macam persiapan terutama anak-anak yang bakal ke sekolah bulan depan. 

Dan saya baru pulang dari Genting Highlands membawa anak-anak bersuka ria di Outdoor Theme Park Genting. Dari jam 11 pagi sampai jam 5.00 petang di sana. Kami lamakan masa kerana hujan lebat, berhenti.. hujan kembali, berhenti sehinggalah hujan renyai halus-halus.. time ni boleh lagi nak main apa jua game di sana tapi bila kembali lebat, semua permainan stopped! Maka kami kami anak beranak melangkah ke indoor pula yang penuh dengan manusia. Al Maklum cuti sekolah... 

Kini, saat ini ayahnya, Zarif & Firdaous (the boys) tengah tonton perlawanan bola sepak yang beraksi di Bangkok, Thailand. The girls di family hall sedang menonton CD. 

Begitulah suasana dalam rumah malam ni tapi yang paling bersorak adalah ayahnya. Marah, geram bagai dengan pemain bola sepak Malaysia yang agak hampeh beraksi hehehe... biarkan, ianya urusan orang lelaki.. kita yang pompuan, especially me, tengah menyiapkan separuh loading laundry. Buat mana yang larat :-) :-) 

Saturday, December 1, 2012

Zahirah and Atiqah

Spotted foto di macbook, bila la masa depa amik gambar bagai. Dengan pantas saya ingin abadikan dalam blog saya ini. Bukan apa, sukar nak dapatkan gambar si kakaknya Atiqah. 


Zahirah sudah kami potong rambutnya. Easy maintenance with a short hair. Tup tup dah 3 minggu ni saya perasan rambutnya cam dah panjang sikit. Kejap ek rambut budak ni memanjang. Tak per, belum cecah bahu lagi :-) 

Monday, November 5, 2012

Me, Ira and Bokitta Voila!!!

Alhamdullilah Bokitta saya dah sampai. So, this is me in Bokitta Voila Plus Black and Ira :)




Apa itu Bokitta Voila?? Inilah tudung saya spotted di Youtube. Bagai tudung lilit TANPA pins bagai. Just sarung jer. Mudah kan :) untuk kelainan bertudung tapi masih menepati ciri-ciri menutup aurat. Meh tengok vid ni....



Ada satu lagi saya beli yg bercorak, warna olives. Insyaallah saya loadkan nanti. Tapi rasanya kesesuaian saya adalah yg jenis plus, labuh sedikit. Apa pun, fabriknya amat selesa :)

SYUKRAN!!!

** sorry background gambar me and Ira berlatar belakangkan kazanah rumah kami hehehe...

Sunday, November 4, 2012

Pisang, hasil tanaman belakang rumah

Alhamdullilah, kali ke-2 kami merasa pisang emas yg masak di belakang rumah. Kali ni ada setandan lagi kat pokok yg belum kami tuai. Dan inilah pisang yg earlier kami tuai dan pokoknya telah kami  tebang seminggu lepas.

Sebahagiannya saya dah buat adunan untuk chocolate banana muffin saya. Insyaallah sat kang siap la tu. Dan inilah pokok-pokok pisang belakang rumah saya. Anak-anak pisang. Dan kalau perhati betul-betul belakang daun-daun pisang tu ada setandan yg saya belum tuai. Hujung minggu ni Insyaallah, kami tebang bagai.
And look at my cat, Beat sedang berehat kat situ. Dengan cuaca suram sejuk rasa nyaman sangat. Syukur kerana kenikmatan yg diberi ALLAH ini. Mudah-mudahan rezeki dlm apa jua bentuk berterusan diberikanNYA pada kami sekeluarga, Amin.