Alhamdullilah, kali ke-2 kami merasa pisang emas yg masak di belakang rumah. Kali ni ada setandan lagi kat pokok yg belum kami tuai. Dan inilah pisang yg earlier kami tuai dan pokoknya telah kami tebang seminggu lepas.
Sebahagiannya saya dah buat adunan untuk chocolate banana muffin saya. Insyaallah sat kang siap la tu. Dan inilah pokok-pokok pisang belakang rumah saya. Anak-anak pisang. Dan kalau perhati betul-betul belakang daun-daun pisang tu ada setandan yg saya belum tuai. Hujung minggu ni Insyaallah, kami tebang bagai.
And look at my cat, Beat sedang berehat kat situ. Dengan cuaca suram sejuk rasa nyaman sangat. Syukur kerana kenikmatan yg diberi ALLAH ini. Mudah-mudahan rezeki dlm apa jua bentuk berterusan diberikanNYA pada kami sekeluarga, Amin.
No comments:
Post a Comment