HUTAN PAYA LAUT MATANG
Ianya beberapa meter sebelum ke gerai Mak Jah. Kami singgah
selepas menikmati juadah mee udang Mak Jah.
Niat agar anak-anak dapat melihat sendiri keindahan
hutan paya laut dengan berbagai jenis pokok bakau.
Cantik kan tempatnya.
Laluan titi kayu ni merangkumi lebih kurang 2.2 km dan ianya sedang elok pada kita yang nak brisk walk di sini.
Apatah lagi selepas makan mee udang,
kami ambil kesempatan berjalan-jalan dalam
pada explore jenis-jenis pokok bakau.
Oleh kerana kami kesuntukan masa,
hanya sebahagian titi laluan yang kami lalui.
Masa untuk drive pulang dan jam menunjukkan 5.30 petang.
Juga video amatur saya sertakan.
Ambil mana yang mampu dan semoga dapat gambaran keadaan di sini. Dalam erti kata lain, ianya tempat yang indah....
Ada disertakan informasi tentang hutan paya ini.
Betapa ianya menyokong eco-sistem laut negara kita.
Kagum sangat dengan ciptaan Allah.
Apa jua kejadian dan ciptaanNYA mempunyai sebab musabab.
Gambar kenangan berada di sini.
Semoga pihak berkenaan dapat mempromosikan
keindahan hutan paya ini pada umum.
Lokasi & seni bina sudah cun, tunggu para pengunjung
datang memeriahkan lagi lawatan di sini.
Juga saya berharap agar ianya dijaga dengan penuh tertib.
Yang paling saya bimbang pembuangan sampah merata-rata.
Harap pengunjung dapat mendisiplinkan diri malah aware pada anak-anak kalau depa dok nak buang sampah, laranglah mereka atau lebih baik sampah dibuang di tempat yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment