Thursday, November 29, 2012

Bukit Bendera...waaahhhhhhh

Pagi tu juga kami keluar. Pertama urusan kerja suami saya perlu diselesaikan. Kami sekeluarga tunggu di luar office client nya. Dalam dok gelak bising bagai dalam kereta, saya ambil keputusan keluar dan sembang dengan pakcik yg bekerja di situ. 

Macam-macam cerita tentang Penang. Cerita penuh kekesalan dan kesedihan. In short, la ni Penang dah tak macam dulu. Katanya Penang diuruskan dengan baik oleh pemimpin BN berbanding PKR. 

Ok ok, no politics aarrr... teruskan penceritaan (seronok niii). Kami ke Bukit Bendera! Meh tengok.... 



Saat menunggu tiket masuk. Beratur memang panjang. Ramai teruja akan Bukit Bendera. Bukan apa tapi keretapi baru telah digantikan dari keretapi lama. Dikhabarkan ianya laju sedikit dari yang lama. Gerabaknya pun boleh muat lebih penumpang berbanding dulu. 





Video yang sempat saya ambil semasa dalam keretapi menuju ke puncak Bukit Bendera aka Penang Hill.... 






Keretapi turun... 


Kami abadikan view Penang dari Bukit Bendera



View memang priceless!!! Terpegun habis dengan keindahan Penang dari puncak Bukit Bendera. 
Nampak jambatan Pulau Pinang dan jambatan yang baru dalam pembikinan 
Indahnyaaaa!! Subhanallah!


Anak saya kata mahal minum di Bukit Bendera
Tapi kalau nak difikirkan, minuman di puncak mana nak sama 
yang kita minum di tempat biasa



Tupai warna hitam spotted semasa kami berjalan menuju ke station train untuk pulang
Kalau anda zoom, mungkin boleh nampak lebih jelas
Apa pun pengalaman di Bukit Bendera pada saya seronok 
dalam erti kata mencuci mata dan minda tatkala berada 
di puncak melihatkan pemandangan yg sangat indah
Insyaallah, panjang umur, ada extra rezeki ke Penang sekali lagi
Bukit Bendera saya akan jadikan agenda mesti pergi! 

No comments:

Post a Comment