Redah punya redah banyak jugak gerai makan mee udang. Macam-macam nama ada. Tapi misi adalah mencari mee udang Mak Jah dan gerai mee udang Mak Jah kami sampai.
Lokasi di tepi jalan selepas Hutan Simpan Paya Bakau. Kalau gerai tu nampak ramai orang sah sah Mak Jah nyer. Belok jer masuk ke gerai Mak Jah, ada surau di hadapan, mudahnya. Lepas makan boleh solat jamak. Malah parking lot pun disediakan.
Teruja dengan menu Mak Jah yang udang segala, kami order mee udang dan nasi goreng udang. Ada special dan ada biasa. Bezanya yang biasa udang L size manakala yang special udang XL size. Oleh kerana anak-anak saya bukan penggemar udang, maka yang biasa kami order manakala hubby minta yang special, niat nak tengok size udang besar cam mana.
Ini mee udang special, harga RM11.00 semangkuk dan lihatlah betapa berpuas hatinya hubby saya hehehe
Memang sedap mee udang Mak Jah ni
Kuahnya tak terlalu pedas, bak kata secukup rasa
Tak leh nak cari negative fault pada juadah mee udang ni
Manakala saya makan mee udang biasa, RM7.00 semangkuk
Anggaplah udang size ini sudah cukup bagus pada saya
Udangnya pun banyak, memang puaslah makan udang
Udangnya pun banyak, memang puaslah makan udang
Kuahnya superb! Nak copy pun rasanya payah ler...
Manis udang ni terasa sangat malah masak udang ni just perfect
Tak over cooked
Begitu juga nasi goreng udang ni
Nasi gorengnya sedap
Udang dalam 7-8 ekor dalam nasi goreng ni
Diletakkan dalam bentuk sampan dan kuah sebelahnya
adalah kuah mee udang
Diletakkan dalam bentuk sampan dan kuah sebelahnya
adalah kuah mee udang
Boleh dikatakan berbaloi la drive ke Kuala Sepetang
Anak-anak saya kurang gemar udang maka mak ayah depa
la yang belasah udang-udang ni
Saya syorkan kalau ke utara singgah sebentar ke Kuala Sepetang
untuk menikmati mee udang Mak Jah
Pastikan Mee Udang Mak Jah!
(promosi ni hehehe)
untuk menikmati mee udang Mak Jah
Pastikan Mee Udang Mak Jah!
(promosi ni hehehe)
No comments:
Post a Comment