Thursday, November 22, 2012

Sour cream.. Buttermilk... Yoghurt...

Saya bukanlah profesional bab baking ni tapi in the making (hehehe... Insyaallah, mudah mudahan:) Apa yg saya cenderung mem-baking adalah kerana passion. Memang saya suka bab buat benda-benda cam gini. 

Bila tengok people can bake, jelous tak terkata :-)) beranganlah saya nak baking cam depa. It started so so hard, hampa dan tidak menggalakkan langsung. 

Sejak setahun ni saya active buat baking, basic resipi. Saya beli la buku untuk beginners sebab saya perlu memahami rules of baking. Maka yg paing utama dalam baking tiada short cut, semuanya kena ikut step by step. 

Then I get to understand ingredients dlm pembikinan cake. Kenapa bubuh ini, bubuh itu. Oooo, melopong saya membaca info bagai. 

Martha Stewart cenderung memasukkan sour cream dalam adunan cake supaya ianya moist and fluffy. Manakala ada yang menggunakan buttermilk instead. This is what I found after experience and seeking info. 

Mungkin sour cream bukan benda commoon bagi beginners cam saya nak baking maka leh substitute dengan plain yoghurt. Oleh kerana plain yoghurt sentiasa ada dalam fridge saya maka lebih mudah untuk saya buat basic baking resipi. 

Cuma yoghurt mempunyai texture yg lebih cair berbanding sour cream maka saya buat kiraan cam ni... 


1/2 cup sour cream = 1/2 cup + 1 Tbsp yoghurt

Dari pembacaan saya, ianya perlu dilebihkan untuk mendapat sukatan yg hampir atau tepat pada bahan yang kita substitute tadi (merujuk pada sour cream).

Agar informasi yang saya berikan membantu. Niat saya agar moms  macam saya ni dapat plan baking tanpa nak bersusah payah. Ada kala bila kita nak baking, bahan ni tak ada macam tak leh nak teruskan mem-baking. Tapi sebenarnya bahan yg tiada boleh substitute juga cuma kalau dah semua tak ada, maka kena la beli bahan bagai :-))) 

Buttermilk?? Ini key ingredient untuk Red Valvet recipe. Kadang ada masa saya nak beli buttermilk tak ada stock. To save my time running here and there looking for buttermilk, I substitute with.... 

plain yoghurt + milk
*
*
*
3/4 cup of plain yoghurt + 1/4 cup of milk
maka jadilah BUTTERMILK substitute

Jika ingin membuat buttermilk sendiri pun mudah sebenarnya. Apa yg diperlukan adalah..... 

1 cup milk  +  1 Tbsp lemon or white vinegar
boleh gunakan apa jua versi susu
sama ada whole milk (full cream)
atau low fat milk atau skim milk
atau fresh milk
*
*
kacau campuran tadi dan biarkan selama 5 minit
milk & lemon mix tu akan curdle
maka itulah BUTTERMILK :)

Emm.. dalam pada kita buat sbstitute or even making our own buttermilk, the cost is much cheaper compare buying one. Malah tak ada leftover buttermilk kalau kita buat sendiri :-) 

Semoga info membantu, terima kasih singgah membaca :-) 

No comments:

Post a Comment