Perlis, kata orang tak ada apa.. bandarnya kecil dan kawasan perkanpungan yang banyak. Tapi yang mahalnya adalah view. Memang sejuk mata memandang terbentang luasnya sawah padi yang menghijau.
Ok, lessons about padi to my kids hehehe... Ayahnya selaku pengajar tanpa lesen untuk anak-anak melihat dengan lebih dekat dan jelas apa itu padi.
Anak-anak memang excited. Kami terangkan bagaimana padi di tanam sampai ianya dituai. Dan kami ceritakan bencana alam yang berlaku di mana ianya merosakkan tanaman padi dan para petani mengalami kerugian. Sengaja kami ceritakan agar anak-anak kami faham akan sukarnya mencari rezeki especially para petani yang depending pada hasil tanaman untuk sara hidup mereka.
Mudah-mudah mereka faham dalam hidup ini perlu kerja keras di samping menjadi seorang yang bijak.
Dan selepas itu kami ke rumah Pak Chak & Mak Chak yang berada di Kuala Perlis juga. Mereka adalah saudara sebelah suami saya. Syukur Alhamdullilah sampai juga kami ke rumah mereka. Memang saya dah lama nak visit depa dan penutup 2012 adalah destinasi ke rumah Pak Chak :-)
Inilah Pak Chak & Mak Chak kesayangan kami.
My kids call Pak Chak ni as Tok Chak Comel :-))
My kids call Pak Chak ni as Tok Chak Comel :-))
Selepas ke rumah depa, kami dibawa makan laksa di Kuala Perlis. Makan laksa colek dengan pulut panggang. Itu yang Pak Chak ajaq suh kami cecah hehehe.. ok la jugak, experience makan cam gitu.
Tapikan saya perasanlah, orang Perlis ni kalau buat pulut panggang memang superb! Sedap sangat!
Rumah Pak Chak. Very nice home and CLEAN!
Saya suka rumahnya, sunyi dan aman jer.
Dan rumah ini sudah 4 kali dilanda banjir. Air nak surut memang payah ambil masa seminggu. Sabar yer Mak Chak, Pak Chak.
Insyaallah, kami akan kembali ke Kuala Perlis. Kembali untuk bertemu Mak Chak, Pak Chak & Wang Kelian hehehe
No comments:
Post a Comment