Wednesday, January 9, 2013

Wang Kelian!

Menyambung kembali coretan Taiping saya, kini saya update akan Wang Kelian. Ianya dalam Thailand kiranya saya cross border Malaysia-Thailand. 

Wang Kelian satu lagi destinasi membeli belah dengan harga berpatutan. Kalau dulu Padang Besar jadi tumpuan, la ni pelan pelan depa pi serbu Wang Kelian. 


Inilah  Wang Kelian. Susunan gerai-gerai jualan dari penduduk Thailand. Dan saya berada di Thailand! Tanpa passport :-)) kerana ianya dibuka exclusively pada setiap Ahad untuk warga Malaysia

Apa yang menarik adalah barangan di sini. Quality jauh lebih baik dari Rantau Panjang. Harga pun sangat berpatutan. Para peniaga boleh dikatakan kebanyakkannya adalah Islam. 

Komunikasi agak mudah. Ishh.. nak citer macam tak cukup screen nak saya taip. Apa kata ke sana ajer sendiri experience Wang Kelian. 


Pulang dari memborong di Wang Kelian, kami singgah at the road side untuk abadikan pemandangan cantik ini. Kedudukan saya ketika ini adalah di atas bukit. Cantik kan? Priceless sungguh pemandangan ini. Mata memang asyik melihat hijau merentang luas. 

Buat pengetahuan, Wang Kelian berada di sebalik bukit maka perjalanan di sana umpama nak ke Genting Highlands. Dari kaki bukit ke lokasi shopping ambil masa less 30 minutes. 



Suami saya seorang yang sangat menyukai nature. Apabila spotted pemandangan cam ni, memang tak lepas peluang langsung. Bergambar adalah kemestian. 


Dan inilah ladang tebu
Diambil at the road side, siap berhenti kereta lagiks. 
Masa tu pagi sebelum nak sampai ke Wang Kelian. 
Ladang tebu yang luas ini terletak sebelum sampai Padang Besar. Luas terbentang! 

Saya syorkan sesiapa ke Perlis on weekends, singgah ke Wang Kelian. Nasihat saya, pi la pagi, lepas solat subuh, breakfast jap then shoot ke sana. Kedai jualan buka awal pagi berbanding Padang Besar, dalam kul 10 cam tu baru beroperasi. 


Gambar di atas tu adalah menu makan pagi saya setelah penat membeli belah. Dalam pukul 10 pagi kami menjamu selera di salah sebuah kedai makan di sana. Bab lapar, jangan risau, memacam depa jual. 
Ok, pagi tu saya makan nasi dengan ikan darat cam masak pindang campur nenas, perggghhhh, sedap beb! Siap ada sambal belacan (ini sambal belacan memang kaw habis!) yang buat air hidung saya meleleh. Sayur gulai terung yang memang lain dari lain.. the food was light and simple. Sempat saya tambah daging masak kicap. Hubby saya makan laksa siam. Dan kami kongsi air teh o panas. Kesemuanya RM8.00!
Marsyaallah, murahnya :-) 
oopps.. termasuk ulam ulaman yang disediakan dalam sebuah dulang kecil. Ianya adalah percuma tanpa apa-apa extra charges!


Note: Berhajat ke Wang Kelian, untuk pengetahuan, tanda jalan bagai memang tak friendly sebab ianya tidak diwar warkan secara meluas akan Wang Kelian sebagai satu lagi destinasi shopping. Heading ke Changlun Insyaallah ada sign board ke Wang Kelian. Takes 1 hour from Kuala Perlis. Hope information helps. 

1 comment: