Tuesday, October 30, 2012

Bokitta!!!!

Sounds cam Italian word kan hehehe... spotted Bokitta gara- gara browsing kat Youtube. Terpanjat saya menonton vid Bokitta. Apa lagi searching bagai la.

Saya memang pemakai tudung syria setelah berpuluh tahun bertudung awning. Gara- gara rakan baik saya suruh try tudung syria 3 years ago di The Mall. Tup tup, sesuai katanya. Maka bermulah peralihan trend tudung dr awning ke syria. Alhamdullilah, anak-anak cukup suka kalau saya pakai syria berbanding yg ber-awning. Katanya dah tak cantik, syria lagi elok.

Ok la fashion consultant ibu yg di rumah tanpa tauliah tapi pandangan penuh kasih sayang, ibu terima. Bermula jugalah syria bertudung lilit. Expert juga saya masa tu tapi buat dek pin sana sini maka saya pakai syria yg sarung terus. Mudah nak buka dan pakai terutama tatkala nak ambil air solat.

Tapi saya spotted Bokitta. Terpikat, teruja pula. Insyaallah, sampai Bokitta ke tangan saya, akan saya masukkan dlm blog.. wish me luck! :-)

No comments:

Post a Comment