Saya mengenali Along Ina (nama yg digunakan dlm website wanita melayu) atau lebih dikenali dgn nama Cikgu Ina melalu blognya. Bermula dgn penjualan Molfix baby disposable diapers yg suatu ketika dulu saya adalah pengedar juga usahasama mengimport product ini dari Turkey.
Atas dasar itu saya mengenalinya. Pernah bertemu di Precint 8 di kawasana rumah kedai Guardian/RHB Bank/ Bakers Cottage kerana menghantar stock Molfix padanya. Orgnya sgt peramah dan tak kering gusi bila berbicara. Malah anak saya cukup seronok mendengar celotehnya.
Dan dari biacara seorang guru inilah saya kenalinya sebagai guru yg dedikasi. Banyak saya dpt info tentang pengalaman mendidik anak-anak berbilang bangsa. Kemudian saya ungkap kembali apa yg diperkatakan pada anak saya 'inilah guru yg sekolah putrajaya patut ada'.
Hari ini saya amat terkejut membaca entry nya tentang penyakit yg ditanggung. Berlinang air mata tatkala saya membalas entry Ina. Sebak sgt hati ni. Ianya atas kehendak ALLAH jua. Maka kita hanya dpt redha dan berusaha utk penyembuhan dgn usaha, doa & tawakkal. Sampai ke petang ni saya teringatkan Along Ina. Dan sekali lagi saya baca entry beliau.
Sungguh besar dugaan ALLAH berikan. Tapi percayalah apa yg diberikanNYA adalah mengikut kemampuan di hamba memikulnya. InsyaAllah, rakan taulan termasuk diri saya akan sentiasa doakan utk Along Ina.
Buat Along Ina, akak minta maaf sbb hampir 3 tahun tak membuka blog sendiri. Ucapan taniah atas kejayaan UPSR anak akak buat akak tersenyum pagi tadi di mana pagi tadi adalah hari pertama akak menjengah blog sendiri. Ini bermakna Along Ina off and on menjengah blog akak, thank you so much. Akak cukup terharu. Semoga selepas ini kita dpt bertemu lagi, akak harap sgt. Contact number Along Ina dah tiada dlm simpanan akak. Jika ada rakan taulan yg membaca entry saya and in any chance ada contact number Along Ina, please forward to me.
'Ya ALLAH, permudahkanlah buat hambaMu juga rakanku segala apa jua urusannya dan makhbulkanlah doa kami agar rakan kami ini kembali mendapat kesihatan yg baik. Kerana setiap apa yg diusahakan olehnya hanya kerana ALLAH jua, Amin'
No comments:
Post a Comment