Tuesday, October 16, 2012

Jln Tunku Abdul Rahman tahun 1971

Pada pagi Sabtu (dlm 3 minggu lepas) hubby ajak saya ke KL nak ambil pakaian tempahannya di Campbell Complex yg sudah siap. Maka pagi jam 8 dah gerak dari rumah. That Saturday morning agak tenang di Jalan Tunku Abdul Rahman. Oleh kerana kedai bukak jam 10 pagi kami singgah di kedai kopi yg juga ada menjual masakan nasi padang. Rasanya nama kedai tu City Cafe. Very old shoplot tanpa sebarang renovation atau apa jua interior deco kecuali ini....


Gambar2 lama keadaan asal Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum adanya Sogo and so on. Tahun 1971 adalah tahun kelahiran saya. Sambil minum pagi saya snap pic ni yg di letakkan pada showcase. Dlm showcase tu ada camera lama juga. Memang cam mini muzium kedai kopi ni.

*** utk pic jelas, enlarge, u'll amazed pictures saat KL sedang banjir besar pun ada :-)

Dan pagi tu kami sarapan telur separuh masak, roti bakar dan hubby meratah terung & tauhu sambal masakan nasi padang. Since it's breakfast, no rice added ler hehehe... tekak kami dibasahi dgn air teh panas & kopi o. Pemilik kedai adalah berbangsa Cina manakala penyediaan makanan dilakukan oleh pekerja Melayu. I really love my tea in the kopitiam cawan, tak manis sgt, sempurna pada saya.


No comments:

Post a Comment