Wednesday, October 31, 2012

Masjid dimusnahkan



I almost shed tears.... how this could happen :-(

Astaghfirullahalazim...

Tengok pic ni...

Sambil checking balas email di yahoo, saya spotted gambar ni.


Yang menarik, ada kambing pada gambar ini. Telek punya telek, yessss! ada kambing hehehe...

Saja saya masukkan sebagai jamu mata pagi-pagi ni.

Bank In... Bank...

Zaman sekarang semua orang (hampir) buat transaksi secara online. Tapi tidak pada saya. Saya masih ke bank dan buat transaksi melalui kaunter dan terkini on cash deposite machine.

Mungkin sebab saya ni memang old fashion bab bank in. Dalam pada being an old fashion person, tertanya jugak la apasal cash deposite machine tak benarkan RM1 & RM5 dimasukkan dlm machine tu? Kadang tu yg buat tipis nak buat benda membayar pakai machine.

Nak menunggu di kaunter kalau CIMB atau mana-mana bank lain tak apa. Kalau Maybank, punah! memang nak kena tunggu bagai huhuhu. Adakah anda seperti saya??

Saya ni suka beli barang online sbb adakalanya item online ni tak dijual di mana-mana pusat membeli belah. Pembelian online juga memudahkan saya, tak perlu nak move keluar Putrajaya pi beli barang tu.

Dan salah salah seorang penyokong pembelian secara online, especially when come to tudung :)

Tuesday, October 30, 2012

Bokitta!!!!

Sounds cam Italian word kan hehehe... spotted Bokitta gara- gara browsing kat Youtube. Terpanjat saya menonton vid Bokitta. Apa lagi searching bagai la.

Saya memang pemakai tudung syria setelah berpuluh tahun bertudung awning. Gara- gara rakan baik saya suruh try tudung syria 3 years ago di The Mall. Tup tup, sesuai katanya. Maka bermulah peralihan trend tudung dr awning ke syria. Alhamdullilah, anak-anak cukup suka kalau saya pakai syria berbanding yg ber-awning. Katanya dah tak cantik, syria lagi elok.

Ok la fashion consultant ibu yg di rumah tanpa tauliah tapi pandangan penuh kasih sayang, ibu terima. Bermula jugalah syria bertudung lilit. Expert juga saya masa tu tapi buat dek pin sana sini maka saya pakai syria yg sarung terus. Mudah nak buka dan pakai terutama tatkala nak ambil air solat.

Tapi saya spotted Bokitta. Terpikat, teruja pula. Insyaallah, sampai Bokitta ke tangan saya, akan saya masukkan dlm blog.. wish me luck! :-)

Monday, October 29, 2012

AES

Isu AES ini dah seperti goreng pisang panas diperbincangkan. Ada yg memandangnya secara positive dan negative dan ada yg tak berapa kisah pun.

Pada saya AES memang wajar. Bukan sebab 'business', aniaya rakyat dan apa jua kepentingan diri. Dah sampai masanya AES bermula. Ianya tidak akan menghasilkan apa- apa dalam masa yang terdekat ini tapi Insyaallah dalam jangkamasa panjang.

Juga terdesaknya AES dilancarkan atas sikap pemandu sendiri termasuklah saya. Kadang tak hirau speed limit, belasah ajer. Al maklum nak cepat tapi kadang kalau fikirkan nak kejar apa ler sampai gitu sekali. Bila speeding kita tak hirau keselamatan diri sendiri malah yg dalam kereta.

Semoga AES dapat mendisiplinkan para pemandu di jalanraya termasuk saya. Apa pun benda baru ni memang akan jadi persoalan bagai. Insyaallah lama kelamaan rakyat akan lebih menerimanya.

Harap usahlah dipolitikkan. Look at AES at the bright side:-)

Tiramisu

Tiramisu, an italian dessert. Sedang menikmati Tiramisu sebenarnya. Tiramisu ni asalnya saya buat dengan swiss roll. That was 5 years ago. Dan selepas tu saya buat beberapa search di internet for the actual Tiramisu. Alhamdullilah, dah 2 tahun dgn recipe Tiramisu sebenar.

Sangat mudah membuat Tiramisu. Dan difahamkan ianya dessert yg rendah lemak. Tanpa penggunaan butter hanya cream cheese. Dan inilah leftover Tiramisu yg saya sedang nikmati


Nampak tak cantik kan :( inilah gejala dipotong scoop bagai oleh anak-anak saya. Insyaallah, buat lagi nanti dan take a pic yg cun dari ini. Ok, jgn tengok keadaan Tiramisu ini tapi meh saya nak cerita rasanya. Buat para peminat cheese, inilah dessert anda!

Dan inilah resipi Tiramisu saya yg termudah. Easy to handle and great to eat!

BAHAN- BAHANNYA: 
--------------------------
500 grams cream cheese (room tempreture) 
** saya guna brand name dr Australia, apa jua jenis boleh saje 

1 packet biskut lady's finger 
** setakat ni jer brand name yg dijual di Malaysia

1 kotak whipped cream 

2 teaspoon Vanilla Extract
** guna vanilla pods pun boleh

1 tin susu pekat
** saya tak habiskan satu tin, setakat ambil cukup manisnya sahaja

1 biji telur 

4 cawan air bancuhan nescafe (tanpa gula) 
** sejukkan, kalau ada instant expresso lagi bagus

Cocoa powder secukupnya 


CARA MEMBUATNYA: 
-----------------------
Combine cream cheese, whipped cream, vanilla extract pukul sampai sebati. 

Masukkan telur dan susu pekat sehingga secukup manisnya. 
Taste as you whisk. 

Sediakan baking dish, paling bagus segi empat. 
Tak ada baking dish, loyang pun boleh juga. 

Ambil biskut lady's finger dan celupkan pada air nescafe. 
Celup sehingga biskut tu absorb air nescafe. 
Make sure toskan sedikit utk excess air dr biskut turun. 
Then susun pada baking dish & lakukan process ini sampai tutup 1st layer baking dish. 

Kemudian cover dgn adunan cream cheese tadi. 
Dan lakukan 2nd layer biskut tersebut. 
Kemudian cover dengan cream cheese sekali lagi. 
Done! 

Masukkan dlm peti sejuk BUKAN di freezer. 
Sejukkan untuk 5-6 jam. 
Sebelum hidang potong bagai, drizzle dgn koko powder menutupi cream cheese. 


Dan beginilah hasilnya setelah process layer by layer selesai, set in the fridge 
and drizzle with chocolate powder
(gambar saya ambil dari google search) 


Paling bagus makan Tiramisu dengan breakfast tea yg panas suam gitu. HEAVEN! hehehe... Boleh dibuat malam dan esok just nice Tiramisu ni set. Dan ianya tahan sampai 5 hari, Insyaallah. Pastikan leftovers cover dgn cling film supaya tak ianya menyerap apa jua bau dlm fidge kita. 

Mangikut resipi asal Tiramisu, cream cheese Mascorpone digunakan. Oleh kerana cheese jenis tu very expensive, saya cuma guna cream cheese biasa jer. 

Juga ada resipi yg masukkan Masalla wine, void ajer. Mengikut resipi sebenarnya, tiada alchohol dimasukkan tapi semuanya ikut citarasa si pembuat. 

Yang pasti kita mulakan dgn Bismillah & sambil tu selawat tatkala membuat Tiramisu ni kan, lebih enak gitu! 

** SELAMAT MENCUBA **

Selepas Aidiladha....

Salam di pagi Selasa yg cozy tapi as usual, kerja as a SAHM ni tak pernah habis. Laundry seakan syarikat dobi :-) Sambil washing machine tengah berputar, saya ambil kesempatan update blog saya yg dah 4 hari tak berisi.

Just a short note, raya tahun ni biasa-biasa ajer. Kalau luar biasa pun rasanya saya simpan jer dlm kota ingatan. Matlamat saya di sini nak share something handy aka useful.

Pagi bertemankan Cocoa Collagen dan karipap bersama kuih keria rezeki buat perut lapar pagi ni. Sambil tu nak inform yg saya dah kembali mem-baking. La ni buat resipi dari Laura Vitale.

Insyaallah, saya masukkan a few hasil baking saya nanti. Juga beberapa informasi yg leh saya drop kat sini.

Have a pleasent and great day. Insyaallah, me will be back, soon...

Monday, October 22, 2012

Cendera Hati

Baru-baru ini suami saya ke Doha, Qatar untuk menghadiri conference juga mewakili negara Malaysia. Saya kongsikan beberapa cendera hati fav saya :-) still in the box sampai la ni, siap saya simpan dlm almari. 


BOMEERANG
dari Australia


SWATCH WATCH
dari Switzerland


HAND MIRROR
dari Jepun 
(ni dpt tahun lepas, most valuable to me) 

bahagian belakang di mana 
ukiran bunganya yg unik & cantik 

Click to enlarge for details. 

Yang seronok setiap negara ada cenderahati yg personalized negara mereka. Ada dari Deutche Post, depa bekalkan beg postman dgn tuala bagai di dalam sebuah bag kuning yg unik. Itu salah satu contoh bagaimana mereka olahkan cenderahati dlm simbol yg unik.

Juga saya dapat beratus2 setem setakat ni. Almari saya dah tak ada space nak menampung. Insyaallah, ada kelapangan boleh saya load kan nanti. 

Sunday, October 21, 2012

5 Natural Cereal That Aren't

Spotted this via Yahoo. Good info and now I realized why my husband said that if you wanna treat yourself for a cheese cake, let it be the 'cheese cake'... not the transfat and so call cheese cake... not that u have it everyday :-)

Click here

I do hope the information shared helps.


Friday, October 19, 2012

Putrajaya, hujan!

Akhirnya cuaca dari tadi jap panas jap suram rupanya tumpah air dr langit juga. Alhamdullilah, sejuk bumi ALLAH. Masa yg sama tertanya-tanya di hati 'dpt ke brisk walk petang ni'. Apa pun, hanya dengan izinNYA jua, Amin.

Lunch tadi memang masak menu orang yg tak berapa rajin. Nasi goreng cina & kicap cili padi. Menu ni walaupun simple giler tapi jadi kegilaan anak-anak saya.


Does look appetizing huh? Tapi boleh la, bila campur dgn cili kicap cili padi tu, ada kick. Siap berair hidung hehehe.

Bawang & bawang putih blender 
Isi ayam 
**semua ni tumis sampai ayam masak 

Corn kernels & telur 3 biji dipukul sedikit 
**masukkan tatkala ayam dah readu masak 

Lada sulah, garam, gula & maggi seasoning 
** masukkan secukup rasa, maggi seasoning ni 
dlm botol mcm kicap 

Nasi
** ikut banyak mana nak, saya sediakan 3 pot

Ini versi saya punya resipi. Kalau buat nasi goreng ni kena ada cili padi berkicap. 

Cili padi yg pepanjang, ada yg panggil Cili Padi Melaka 
** jgn guna cili padi burung, berpinau kang hehehe 

Kicap manis
** dlm 7-8 sudu makan.. saya tak sukat, agak2 jer

Cuka
** balance out the sweetness of kicap manis

Garam
** sedikit memadai sebagai penutup rasa yg sempurna 



Thursday, October 18, 2012

Brisk Walk

Petang semalam Alhamdullilah, dgn izinNYA dapat jugak saya brisk walk setelah 4 hari tertunda akibat cuaca petang yg selalunya hujan.

Semalam dalam pada macam mendung dapat juga saya habiskan 45 minit brisk walk di lokasi kegemaran saya lake Cyberjaya/Putrajaya. Saya sukakan alunan angin dan juga the greens dgn tasik yg sesekali bergelora buat dek ada yg berlatih water ski di situ.

Selesai, saya pi dinner. My dinner alway early, between 6.30 to 7.15 pm. I tried my best to have early dinner and as light as possible.

Maka saya ke Subway, tak sempat nak amik pic food saya order tapi inlah pic yg leh saya turunkan.



Semenjak Subway di Shafbury Cyberjaya buka, makin mudah utk kami menikmati sandwich fresh di sini. I love the Tuna sandwich dgn roti Honey Oat. Accompanied with oatmeal & raisin cookies + a light coke. Refreshing! Alhamdullilah, a healthy food for a healthy life. I am moving towards it :-)

Juga yg bagus, seminggu ada Today's Sub Special dgn harga RM7.80** for 6 inch sandwich.

MONDAY: ITALIAN BMT 
Saya mesti pi beli sbb bebaloi pada wang anda
BMT yg bermaksud Biggest Meatiest Tastiest

TUESDAY: TUNA
my fav

WEDNESDAY: MARINA
made of meatball - my kids love this 

THURSDAY: ROASTED CHICKEN 

FRIDAY: CHICKEN SLICED

SATURDAY: SEAFOOD 
saya kurang suka, 1st time order, tak nak dah

SUNDAY: CHICKEN TARRIYAKI 
anak saya Zarif suka ni, manis2 manja rasanya 

Secret Recipe!

Oen of the largest chain restaurant in Malaysia. Impressive!

Saya teruja bila dapat tahu lagi 50 chain restaurant ini akan dibuka di Malaysia, Insyaallah. Mana tidak segala jenis cake invention nya tasty bagai. Saya teringat pertama kali saya membeli kek dari Secret Recipe. It was Chocolate Banana Cake, masa tu 1999, umur anak saya 2 tahun yg sulong tu. Marvelous! Love the cuts of banana between the cake and frosting.

BUT... haaaa, ada but di sini. Last few weeks ago saya pi dgn anak sulong saya saja ler nak minum petang di Secret Recipe Alamanda. Tea Break Time di mana purchase a cake, free tea or coffee. Saya order Cheese Berries cake with Earl Grey Tea dan anak saya Chocolate Fudge cake with ice lemon tea. Mine was absolutely out of this world, love it BUT my daughter's was huhhh, shall I say DRY. The cake was dry, frosting macam cake beli kat bakery biasa2 jer. Nothing special.

Moral of the story, jangan pi beli Chocolate Fudge cake. Menghampakan.

Saya sempat complaint pada waitress dan dia kata akan highlight this to the manager. Dia sendiri nampak bila saya kaut kek tu nampak tenture dry.

Ok, pic nak share. Tak syiok citer tak ada pic. Tapi bukan pic cake tu. Pic orang beratur tatkala promosi Marble Cheese Cake BUY 1 FREE 1 at selected outlet sahaja. Saya tak pi beli. Tapi tukang promosi kat sedara mara hehehe.. Secret Recipe kena kasi komisen bagai kat saya ni :-)


*** obviously, worth buying at BUY 1 FREE 1 promotion.

Wednesday, October 17, 2012

Ipod Touch by Apple



The pictures above was taken by using Ipod Touch by Apple. Saja saya nak tunjuk camera quality Ipod ni. Not bad. Walaupun tak as good as IPhone 4s tapi boleh lah buat amatur cam saya.

IPod Touch (bukan latest) pada saya macam ala ala mini IPad. Hubby beli utk saya sebenarnya tapi jadi random user pada anak-anak saya. Tak per la, sharing is caring.

Saya dapati ianya handy pada moms cam saya. Cuma IPod ni tak leh calling jer, setakat browsing website bagai memang mudah sgt. Touch screen nya amat smooth. Just at ur finter tips, slide and swipe hehehe... the latest Ipod Insyaallah soon akan masuk Malaysia. Yg ni dibeli sebab harga kurang RM100 dr asal. Yg latest nyer saya tak tahu berapa price Apple akan jual. Maybe dlm RM800 kot.

So let's wait and see :-)

Nasi Lemak ku ke JPA Putrajaya

Subuh tadi bersilat di dapur menyediakan nasi lemak utk tempahan mak saudara di JPA Putrajaya. Tak la bersilat sebenarnya (saja berlebihan pulak saya ni hehehe). Alhamdullilah, semuanya ALLAH permudahan urusan saya dari subuh tadi sampai la ni saya meng-update blog saya :-) 

Syukur juga rezeki masuk pepagi ni. 

Jalan-jalan di Putrajaya pun ok time tu. Lepas jam 8.30 pagi jalan agal smooth. Kalau time peak polis traafic terpaksa bertugas agar laluan lancar walaupun kadang tu bumper to bumper, tapi kejap jer. 

Malam tadi sempat saya buat chocolate cuppies tanpa frosting. Tengah rasa rajin nak buat sebenarnya. Ada leftovers dlm fridge. Tengah hari anak2 balik Insyaallah jadi santapan buat depa. 

Alhamdullah, rezeki mewah sikit hari ni :-) 

Tuesday, October 16, 2012

Our very 1st Charity Work

Syawal tahun ni saya dan rakan-rakan berjaya merealisasikan misi kebajikan pertama kami ke Rumah Orang2 Tuan Al Ikhlas di Pulau Meranti. Atas usaha rakan saya Ira bersama yg lain, kami ke sini meraikan Syawal bersama.

Alhamdullilah, impian saya teringin nak experience apa itu kebajikan dimakhbulNYA. Semua urusan pada waktu dipermudahkanNYA, syukur.

Bersama anak saya yg sulong and no. 2 dibawa bersama sebagai saksi 'mangsa' pembuangan ibu bapa oleh anak-anak.

Di sini saya abadikan gambar sebagai kenangan.





Yang berbaju merah itulah pengasas Rumah Al Ikhlas. Beliau saya tabik! Dialah yg memasak dan menyediakan diet kesemua org2 tua di sini. Juga seorang ibu tunggal yg abadikan diri utk Rumah Al Ikhlas ini. Semoga Allah memberkati usaha beliau dilimpahi kurniaan keberkatan dan rezeki jua, Amin.


Dan inilah rakan saya Ira, yg menganjurkan misi ini. Atas idea dan ajakan beliau saya dapat tumpang pengalaman di sini.

Semoga segala usaha kami pada hari itu 
dan juga bakal yg akan dilakukan 
pada hari hari yg mendatang mendapat 
keberkatan dariNYA, sesunggunya 
ianya adalah semata2 kerana ALLAH jua
AMIN 

Alhamdullilah

Kali ni ucapan Alhamdullilah bagi penutup blog saya malam ni. Time for Maghrib. Alhamdullilah kerana segalanya ALLAH berikan cukup baik utk kami sekeluarga. Dengan ahli keluarga seramai 8 org + 2 ekor kucing kesayangan kami. Apa yg saya sgt syukur adalah kesihatan, kesejahteraan dan rezeki yg ALLAH berikan pada kami sekeluarga.

Niat saya time to time adalah menjadi hambaNYA, umat Nabi Muhammad s.a.w, isteri & ibu yg solehah. Semoga taubat, kekesalan dan rintihan saya pada Yang Esa mendapat keredhaannya. Hamba Mu ini tak lepas dr melakukan dosa, maka aku bertaubat.

Semoga hijrah kecil yg saya lakukan mendapat keberkatan dariNya. Juga segala tenaga & usaha saya buat keluarga tercinta hanyalah kerana Mu Ya ALLAH, Amin.

*** May ALLAH blessed us all, Amin *** 
*** Gudnite All***

My daughter, kakak Iqa

Ini anak no. 2 saya, form 1 di Sekolah Menengah Putrajaya Precint 9 (2). By the time dia form 3, tiada UPSR masa tu. Nampak gaya cam boleh rehat rileks bagai kan, tapi tak jugak. Banyak benda project assignment bagai pihak guru berikan. She's learning Jappanesse and Insyaallah diteruskan sampai ke tingkatan 5. Just to introduce salah seorang anak dara saya kat blog ni. Insyaallah yg sulong akan saya masukkan soon.



*** Iqa diapit oleh dua rakan sekelas...

Cyberjaya tatkala Maghrib

Hari ni saya agak kecewa tak dapat brisk walk di Cyberjaya. Keadaan cuaca tak mengizinkan. Maka itulah kita, merancang namun ALLAH jua menentukan. Gambar ini di ambil tatkala Maghrib menjelma, saya on the way nak balik ke Putrajaya. It was taken a few weeks ago. Traffic light merah masa tu tetiba saya nampak kat depan stunning yellow sky, perghhhh... Subhanallah, ciptaan Yang Maha Esa! Taken by my cheap smartphone, Samsung Galaxy Y. Ok ler kan kan kan...


Bila saya tenung gambar ni saya sgt kagum dgn ciptaan ALLAH, terlalu sempurna....

Jln Tunku Abdul Rahman tahun 1971

Pada pagi Sabtu (dlm 3 minggu lepas) hubby ajak saya ke KL nak ambil pakaian tempahannya di Campbell Complex yg sudah siap. Maka pagi jam 8 dah gerak dari rumah. That Saturday morning agak tenang di Jalan Tunku Abdul Rahman. Oleh kerana kedai bukak jam 10 pagi kami singgah di kedai kopi yg juga ada menjual masakan nasi padang. Rasanya nama kedai tu City Cafe. Very old shoplot tanpa sebarang renovation atau apa jua interior deco kecuali ini....


Gambar2 lama keadaan asal Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum adanya Sogo and so on. Tahun 1971 adalah tahun kelahiran saya. Sambil minum pagi saya snap pic ni yg di letakkan pada showcase. Dlm showcase tu ada camera lama juga. Memang cam mini muzium kedai kopi ni.

*** utk pic jelas, enlarge, u'll amazed pictures saat KL sedang banjir besar pun ada :-)

Dan pagi tu kami sarapan telur separuh masak, roti bakar dan hubby meratah terung & tauhu sambal masakan nasi padang. Since it's breakfast, no rice added ler hehehe... tekak kami dibasahi dgn air teh panas & kopi o. Pemilik kedai adalah berbangsa Cina manakala penyediaan makanan dilakukan oleh pekerja Melayu. I really love my tea in the kopitiam cawan, tak manis sgt, sempurna pada saya.


Monday, October 15, 2012

Time flies!

Betapa pantas masa berlalu... kini anak bongsu saya Ira sudah besar nampaknya. Next year she is 3. Doa ibu agar Ira menjadi anak yg solehah dan berkaya di dunia juga akhirat.

InsyaAllah rezeki lebih kami hajat nak hantar Ira ke Playschool. Ada sessi akedemik & agama. Mudah2an hajat kami makhbul :-)


Entry penutup malam ni

Kejap lagi nak pi masuk tidur dan pada tu masih menunggu kawan saya katanya nak mai amik bekas air yg saya ada pinjam sebulan lepas. Tak mai la kot. Dlm pada tu buat some editing pada my blog so it's updated and got some help from my daughter Atiqah.

Selamat malam and may ALLAH blessed and protect us at all times, Amin.

Sogo, Kuala Lumpur

A week sebelum suami ke Doha, kami sempat ke Sogo. Oleh kerana 20 minit lagi Sogo nak buka, kami menunggu di pintu masuk. 10 minit sebelum Sogo buka, pekerja Sogo bawa air teh dijamunya pada pelanggan yg menunggu di luar. Dan kemudian ada briefing penghargaan pada yg menunggu. Siap tunduk hormat sekali. Memang Japanesse! Tatkala pintu dibuka, kesemua pekerja Sogo akan berdiri secara hormat mengalu-alukan kedatangan pelanggan. 1st time I experience the morning moment at Sogo. Ketika berjalan senyuman sentiasa terukir dan mereka ucapkan good morning. Sesekali rasa segan pun ada tapi inilah policy Sogo, customer is valuable.

Pic 2 wanita pekerja Sogo berikan briefing penghargaan kepada pelanggan yg sanggup menunggu pada pagi itu utk pintu shopping mall ini dibuka.


41!

This year me age 41. Masa sgt pantas! Tanda2 penuaan sedang berlaku hehehe.. begitulah kejadian ALLAH jua, yg muda akan tua, dan yg hidup akan pergi jua.

1 January 2012, tarikh sedih saya kehilangan bapa angkat saya iaitu Arwah Haji Mahmud bin Selimin. Bukan sebarang bapa angkat tapi arwah adalah bapa yg membesarkan saya sbg anak angkat dr umur 9 hari sampailah hayatnya. Al Fatihah.

Juga pada tarikh 13 January 2010, saya kehilangan bapa kandung saya iaitu Arwah Haji Abbas bin Pilus. Inilah bapa kandung saya yg tertera namanya dalam sijil perkahwinan saya. Al Fatihah.

Loads of moments nak saya isikan di sini, InsyaAllah, ada masa saya masukkan. Dan pic saya terkini at age 41. Put on weight sebenarnya. Now trying very hard to loose weight. Dgn sakit tumit yg teramat sgt, doktor andai berat badan adalah penyebab. Tapi nampaknya bukan weight problem. Apa pun saya tetap brisk walk as and when time mengiizinkan. Walaupun ALLAh berikan sakit sebegini, saya syukur saya masih boleh lagi uruskan anak2 dan suami. Mudah2an kesihatan baik diberikan berterusan demi kerana ALLAH juga tanggungjawab saya laksanakan, Amin.


Sunday, October 14, 2012

Me and my kids

Hari ini saya berkongsi diri dgn anak bongsu saya, Nur Zahirah yg sudah 2++ tahun. Saya abadikan gambarnya di sini.


Juga anak anak saya iaitu Aisyah, Zarif & Firdaous. Kesemuanya sudah bersekolah. Perghh time flies, next year 2013, Zarif bakal menduduki UPSR, Aisyah stardard 3 and Firdaous gonna be standard 2. Besor dah depa.



Firdaous and Zarif are so into soccer. Dua beradik ni tiap petang main bola dgn kawan2 kat kawasan rumah kami. Acara soccer siapa lawan siapa pun depa sentiasa update. Well, boys are boys hehehe. Untuk anak sulong and 2nd, memang payah saya nak masukkan gambar. Susah benar nak bergambar tapi Insyaallah, snap satu, I load :-)

Semoga ALLAH jadikan anak2ku org yg beriman, soleh, solehah, berjaya di dunia dan akhirat juga dijauhi dr dosa2 besar. Amin.

Along Ina....

Saya mengenali Along Ina (nama yg digunakan dlm website wanita melayu) atau lebih dikenali dgn nama Cikgu Ina melalu blognya. Bermula dgn penjualan Molfix baby disposable diapers yg suatu ketika dulu saya adalah pengedar juga usahasama mengimport product ini dari Turkey.

Atas dasar itu saya mengenalinya. Pernah bertemu di Precint 8 di kawasana rumah kedai Guardian/RHB Bank/ Bakers Cottage kerana menghantar stock Molfix padanya. Orgnya sgt peramah dan tak kering gusi bila berbicara. Malah anak saya cukup seronok mendengar celotehnya.

Dan dari biacara seorang guru inilah saya kenalinya sebagai guru yg dedikasi. Banyak saya dpt info tentang pengalaman mendidik anak-anak berbilang bangsa. Kemudian saya ungkap kembali apa yg diperkatakan pada anak saya 'inilah guru yg sekolah putrajaya patut ada'.

Hari ini saya amat terkejut membaca entry nya tentang penyakit yg ditanggung. Berlinang air mata tatkala saya membalas entry Ina. Sebak sgt hati ni. Ianya atas kehendak ALLAH jua. Maka kita hanya dpt redha dan berusaha utk penyembuhan dgn usaha, doa & tawakkal. Sampai ke petang ni saya teringatkan Along Ina. Dan sekali lagi saya baca entry beliau.

Sungguh besar dugaan ALLAH berikan. Tapi percayalah apa yg diberikanNYA adalah mengikut kemampuan di hamba memikulnya. InsyaAllah, rakan taulan termasuk diri saya akan sentiasa doakan utk Along Ina.

Buat Along Ina, akak minta maaf sbb hampir 3 tahun tak membuka blog sendiri. Ucapan taniah atas kejayaan UPSR anak akak buat akak tersenyum pagi tadi di mana pagi tadi adalah hari pertama akak menjengah blog sendiri. Ini bermakna Along Ina off and on menjengah blog akak, thank you so much. Akak cukup terharu. Semoga selepas ini kita dpt bertemu lagi, akak harap sgt. Contact number Along Ina dah tiada dlm simpanan akak. Jika ada rakan taulan yg membaca entry saya and in any chance ada contact number Along Ina, please forward to me.

'Ya ALLAH, permudahkanlah buat hambaMu juga rakanku segala apa jua urusannya dan makhbulkanlah doa kami agar rakan kami ini kembali mendapat kesihatan yg baik. Kerana setiap apa yg diusahakan olehnya hanya kerana ALLAH jua, Amin'

Blog saya mesti active!

Setelah sekian lama melayan FB, maka saya ambil keputusan utk tamatkan 'riwayat' FB saya. Kenapa? Dun know laa.. mungkin it's time saya lebih fokus pada blog saya kot. Setelah sekian lama 'tanpa' menjengah blog malah tidak update langsung. Inilah padahkan bila sesuatu yg dilakukan tanpa disiplin.

Now Insyaallah, I will update my blog. Maybe kali ni dgn sedikit ilmu saya kongsi. Mudah2an ilmu dan cerita ceriti saya dapat kebaikan pada semua malah utk diri saya.

The last time I updated my blog was 2010. Lama sungguh! Kali ni saya ingin active kan blog ni, Insyaallah. Semoga saya dapat mendidik diri utk lebih disiplin.