Tuesday, December 18, 2012

Make Up For Ever Foundation

Kenapa HD foundation? Kerana ianya menutup setiap apa yang kita tak suka di wajah kita umpama parut gelap, jerawat atau apa jua yang memang foundation biasa tidak menutup secara menyeluruh.  

'This HD foundations is flawless on your face.
 It works termendously unbelievable to cover scars even black spots that does not work on normal foundation' 


Make up For Ever HD Foundation
Quantity: 1.01 oz / 35ml
Price: RM135 per bottle 
Kaunter: Sephora KLCC
didatangi dengan tonasi yang sesuai dgn kulit

Pada harga yang mahal, ianya adalah foundation terbaik pada yang mempunyai parut atau apa jua kesan pada muka yang sukar untuk kita lapiskan dengan foundation yang biasa. 

Rating: 4.5/5
**saya suka texture foundation nya yg pekat dan menutup liang kulit dengan baik sekali!


Smashbox Loose Powder

Ini adalah loose powder dalam versi sangat user



'Twist the top of the holo that works as a shaver. It shaves the powder cake and you control the amount of powder desired'


Smashbox Halo Hydrating Perfecting Powder 
In a casing with mirror and brush
Price: RM125 at Sephora KLCC

Jika dulu casing loose powder bila kita on mobile tatkala nak buka penutup ianya berdebu. Kini dengan versi serba mudah ianya lebih 'bersih'. 

Pada peminat loose powder yang lama meninggalkannya, maka boleh kembali dengan jenama Smashbox!

Rating: 4/5 
**personally saya suka product ini dari hasil tontonan di Youtube



Me in so so less make up

Me must have AND must wear before going out is

SPF & UV protection by Loreal
Foundation - Farmasi
Pressed Powder / Loose Powder - Farmasi 
Eyeliner - black or brown
Lipstick - almond pink
Blusher - roses

Eye shadow will be used on certain event. For normal outings, I don't even use any. And this is what happens when I have 'none' on my face.



Me, 42 to be healthy skin I care most. No, I am not a wrinkle freak. I am worried with dead cells, black heads, acne etc... While wrinkles, as you aged it will come to you. All given by ALLAH The Great :-) At present, Syukran for all ALLAH has given to me, and for years to come. 

Alhamdullilah

Thursday, December 13, 2012

Me, Family and soccer (AFF Suzuki Cup)

Salam dan lama saya tak update di sini. Been kinda busy dengan macam-macam persiapan terutama anak-anak yang bakal ke sekolah bulan depan. 

Dan saya baru pulang dari Genting Highlands membawa anak-anak bersuka ria di Outdoor Theme Park Genting. Dari jam 11 pagi sampai jam 5.00 petang di sana. Kami lamakan masa kerana hujan lebat, berhenti.. hujan kembali, berhenti sehinggalah hujan renyai halus-halus.. time ni boleh lagi nak main apa jua game di sana tapi bila kembali lebat, semua permainan stopped! Maka kami kami anak beranak melangkah ke indoor pula yang penuh dengan manusia. Al Maklum cuti sekolah... 

Kini, saat ini ayahnya, Zarif & Firdaous (the boys) tengah tonton perlawanan bola sepak yang beraksi di Bangkok, Thailand. The girls di family hall sedang menonton CD. 

Begitulah suasana dalam rumah malam ni tapi yang paling bersorak adalah ayahnya. Marah, geram bagai dengan pemain bola sepak Malaysia yang agak hampeh beraksi hehehe... biarkan, ianya urusan orang lelaki.. kita yang pompuan, especially me, tengah menyiapkan separuh loading laundry. Buat mana yang larat :-) :-) 

Sunday, December 9, 2012

Al Fatihah buat Arwah Fazli

Salam & selamat pagi pada yang singgah di sini. Pagi ini saya menonton MHI dan diwar-warkan ada pelajar Malaysia yang berada di UK meninggal dunia. 

Masa menonton bapa arwah sedang dihubungi oleh pihak MHI dan beberapa soal jawab dan perjelasan ketika itu. Saat itu saya tidak begitu jelas bagaimana arwah meninggal dunia maka saya buat pencarian di internet dan ini yang menjelaskan segala.... 


Mohd Fazli Fadzillah
Al-Fatihah

Apa yang hebat adalah ucapannya sebulan sebelum arwah meninggal dunia. Ucapan yang sangat-sangat mendalam malah dianggap mengharukan. 
Kunfayakun - maka ALLAH lebih menyayanginya
Semoga Allah memberi rahmat & syurga buat arwah, Amin

Wednesday, December 5, 2012

Baskin Robbins

Semasa dalam perjalanan ke Penang hari tu, kami berhenti di R&R Tapah. Punyalah ramai orang. Kereta pun penuh parking. Alhamdullilah masa tu kami dapat parking, tak lama menunggu :-) 

Oleh kerana saya bawa bekal untuk sarapan maka tak ada masalah untuk makan sebab kebanyakkan gerai makan anak-anak saya kurang suka. Complete dengan air teh O sekali hehehe... cam tu lah gayanya bila travel. Saya mesti bawa apa-apa makanan home cooked sama ada sarapan atau lunch. 

Selepas itu kami makan dessert. Hehehe, dessert after breakfast :-)  saja ayahnya nak treat anak-anak in a long journey. 


The boys in a group dengan ayahnya.
While me and my girls.
Perasan tak kat belakang me and my girls :-)
The most ice cream of Baskin Robbins that I love most is
Sweet & Salty
Manakala anak-anak lelaki saya especially si abang Zarif tu 
suka jenis sorbet, yang masam-masam. 
Siap bising kakak-kakaknya dengan ice cream yang dipilih. 
As for me, masing-masing suka laaaa
:-) :-) :-) 

Tuesday, December 4, 2012

The truth...

Setelah lama berseronok dengan rezeki ALLAH berikan & kesempatan yang diberikan, maka saya kembali melakukan sedikit pembacaan tentang permasalahan Islam sedunia (macam pengkaji dunia pula saya). 

Seriously, saya amat concerned dengan apa yang berlaku pada Palestine di Gaza. Angka kematian amat membimbangkan. Masa yang sama saya rasa amat bertuah di bumi Malaysia ini. Subhanallah, hambaMU ini hanya dapat sertakan doa buat keselamatan penduduk Palestine malah untuk orang-orang Islam seluruh dunia. 

Juga tentang Muammar Ghadaffi, rasanya semua tahu akan bagaimana kejatuhannya. Angkara siapa? Allah jua Yang Maha Mengetahui. Saya begitu hairan dengan kepimpinannya yang sangat pro-rakyat boleh digulingkan sebegitu sekali. 

Malah banyak positive actions beliau telah lakukan pada rakyat Libya. Dan seorang blogger sudah memberi listing apa positive actions beliau lakukan... meh, klik dan baca di link ini http://humansarefree.com/2011/10/muammar-gaddafi-truth.html

Hairan bagaimana ini terjadi. Jawapannya, manipulasi pihak Yahudi. Marsyaallah, dasat sungguh angakara mereka. 

Masa yang sama, marilah kita sama-sama doakan keselamatan negara kita Malaysia. Agar sentiasa dilindungi Allah jua. 


Secebis ingatan pada diri saya juga 
para penyinggah di blog saya
Jangan negara kita terjadi seperti Libya
Jangan kepimpinan kita jatuh ke mereka yang salah
Kelak seakan kita 'dijajah' semula
Bersama kita doakan kesejahteraan negara
Amin

Selami Jiwa... Ampun Diri Ini

Sebagai manusia biasa, saya tak lari dari kesalahan. Ini mungkin ungkapan standard sebagai mengiakan diri berdosa. Tapi ungkapan ini adalah benar semata. 

Bila Prof Muhaya kata 'jadilah diri orang yang baik maka ALLAH akan jodohkan kita dengan orang yang baik juga'... sambung Dr Fadzillah Kamsah 'wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat'... 

Saya tidak melihat jauh sekadar diri sendiri. Saya belum dapat melabelkan diri sebagai orang yang baik tapi tidaklah saya memandang diri saya seorang yang jahat. Apa yang amati adalah diri ini masih belum mencapai versi baik yang dituntut oleh ALLAH & Nabi kesayangan kita Muhammad s.a.w. Dan sedang berusaha ke arah itu. Semoga usaha saya dimakhbul olehNYA dan mendapat keredhaanNYA, Amin. 

Sekadar menurunkan rasa hati dan emosi yang tetiba tak boleh nak slip out my mind tentang menjadi orang yang baik..... 

Sunday, December 2, 2012

Kenduri Kahwin

Petang semalam saya ke kenduri kahwin rakan hubby... dan secara jujur, dah lama saya tak pergi kenduri kahwin hehehe. Rasa cam seronok gak la nak pergi tambah ada pasangan pengantin yg 'unik'. 

Kenduri rakan hubby iaitu anak perempuannya dinikahkan dengan lelaki dari Columbia. Namanya Castello manakala isterinya Siti Sarah. 

Kenduri yang diadakan di Dewan Tiba, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya saya anggap dewan santai kerana untuk crowd yang kecil amat sesuai. Bak kata orang putih, just nice :-) 

Saya load-kan gambar pengantin baru yang down to earth dan tak lokek menghulur senyuman malah ringan tangan bersalaman. Bila photo saya nak ambil, depa sangat sporting dan ucapan terima kasih pada saya. 




Semoga ALLAH limpahkan kebahagian, rezeki
& kesejahteraan hingga akhir hayat
Amin. 

Saturday, December 1, 2012

Zahirah and Atiqah

Spotted foto di macbook, bila la masa depa amik gambar bagai. Dengan pantas saya ingin abadikan dalam blog saya ini. Bukan apa, sukar nak dapatkan gambar si kakaknya Atiqah. 


Zahirah sudah kami potong rambutnya. Easy maintenance with a short hair. Tup tup dah 3 minggu ni saya perasan rambutnya cam dah panjang sikit. Kejap ek rambut budak ni memanjang. Tak per, belum cecah bahu lagi :-) 

Foto perjalanan pulang ke Putrajaya...

Ada beberapa foto saya sempat ambil tatkala hubby memandu. Sepanjang perjalanan pulang ada pemandangan yang indah ingin kami kongsi di sini. Mungkin dari shot tak berapa cun tapi in live memang absolutely amazing. 



Keindahan tatkala mata melihat memang wow habis! 
Amazingly beautiful
Ini tatkala berada di highway Plus kawasan Ipoh
Ketika ini jam 6.30 petang
Lihatlah awan gelap yang bakal mencurahkan air langit



Dan akhirnya hujan....
Sepanjang perjalanan pulang hujan dari Ipoh 
hinggalah ke Putrajaya
Yang paling membimbangkan apabila hari sudah mula gelap
Dengan hujannya bayangkanlah sukarnya memandu 
tapi Alhamdullilah, selamat pulang ke lubuk kami





Dan sampailah kami di Putrajaya jam 11 malam. Bak kata orang putih 'home sweet home'. Kami merindui katil kami hahaha... juga kucing kami Moo & Beat. Rindu sangat... sampai rumah dengan bacaan Bismillah, saya kembali bertugas membasuh baju kotor... well, a mom's job never ends.... 

Friday, November 30, 2012

DSLR!

Setelah saya amati gambar segala, rasanya it's time kami sekeluarga memiliki sebuah DSLR. Camera yang dengan lens tu ber-digital, mudah nak delete mana tak cun hehehe... 

Insyaallah mudah mudahan ada la rezeki extra nak ber-DSLR, Amin. Saya memohon maaf sekiranya (memang ada kan kan) gambar tak berapa cantik, video tah apa-apa amatur cam saya nak persembahkan di sini. Tapi seperti yang saya hujahkan, sekadar mampu :-) mampu dari segi 'skill' dan peralatan. 

Apa yang saya gunakan adalah Ipoh Apple huhuhu... sedih kan tapi tak apa, mana tau ada rezeki tahun depan ke dapat beli DSLR.

Doa doakan yer :-)) 

**dalam pada tu bersyukur apa yang ada dari tak ada langsung :-)

Hutan Bakau di Kuala Sepetang


HUTAN PAYA LAUT MATANG
Ianya beberapa meter sebelum ke gerai Mak Jah. Kami singgah 
selepas menikmati juadah mee udang Mak Jah. 
Niat agar anak-anak dapat melihat sendiri keindahan
hutan paya laut dengan berbagai jenis pokok bakau. 





Cantik kan tempatnya. 
Laluan titi kayu ni merangkumi lebih kurang 2.2 km dan ianya sedang elok pada kita yang nak brisk walk di sini. 
Apatah lagi selepas makan mee udang,
 kami ambil kesempatan berjalan-jalan dalam 
pada explore jenis-jenis pokok bakau. 
Oleh kerana kami kesuntukan masa, 
hanya sebahagian titi laluan yang kami lalui. 
Masa untuk drive pulang dan jam menunjukkan 5.30 petang. 
Juga video amatur saya sertakan. 
Ambil mana yang mampu dan semoga dapat gambaran keadaan di sini. Dalam erti kata lain, ianya tempat yang indah.... 

 


Ada disertakan informasi tentang hutan paya ini. 
Betapa ianya menyokong eco-sistem laut negara kita. 
Kagum sangat dengan ciptaan Allah. 
Apa jua kejadian dan ciptaanNYA mempunyai sebab musabab. 


Gambar kenangan berada di sini. 
Semoga pihak berkenaan dapat mempromosikan 
keindahan hutan paya ini pada umum.
Lokasi & seni bina sudah cun, tunggu para pengunjung 
datang memeriahkan lagi lawatan di sini. 
Juga saya berharap agar ianya dijaga dengan penuh tertib. 
Yang paling saya bimbang pembuangan sampah merata-rata. 
Harap pengunjung dapat mendisiplinkan diri malah aware pada anak-anak kalau depa dok nak buang sampah, laranglah mereka atau lebih baik sampah dibuang di tempat yang sepatutnya. 


Sepetang di Kuala Sepetang

Dalam perjalanan pulang hubby divert ke exit Taiping untuk ke Kuala Sepetang. Niat ingin mencuba mee udang Mak Jah yang famous tu. 

Redah punya redah banyak jugak gerai makan mee udang. Macam-macam nama ada. Tapi misi adalah mencari mee udang Mak Jah dan gerai mee udang Mak Jah kami sampai. 

Lokasi di tepi jalan selepas Hutan Simpan Paya Bakau. Kalau gerai tu nampak ramai orang sah sah Mak Jah nyer. Belok jer masuk ke gerai Mak Jah, ada surau di hadapan, mudahnya. Lepas makan boleh solat jamak. Malah parking lot pun disediakan.  

Teruja dengan menu Mak Jah yang udang segala, kami order mee udang dan nasi goreng udang. Ada special dan ada biasa. Bezanya yang biasa udang L size manakala yang special udang XL size. Oleh kerana anak-anak saya bukan penggemar udang, maka yang biasa kami order manakala hubby minta yang special, niat nak tengok size udang besar cam mana. 



Ini mee udang special, harga RM11.00 semangkuk dan lihatlah betapa berpuas hatinya hubby saya hehehe
Memang sedap mee udang Mak Jah ni
Kuahnya tak terlalu pedas, bak kata secukup rasa
Tak leh nak cari negative fault pada juadah mee udang ni 




Manakala saya makan mee udang biasa, RM7.00 semangkuk
Anggaplah udang size ini sudah cukup bagus pada saya
 Udangnya pun banyak, memang puaslah makan udang
Kuahnya superb! Nak copy pun rasanya payah ler... 
Manis udang ni terasa sangat malah masak udang ni just perfect
Tak over cooked
Begitu juga nasi goreng udang ni 
Nasi gorengnya sedap
Udang dalam 7-8 ekor dalam nasi goreng ni
Diletakkan dalam bentuk sampan dan kuah sebelahnya 
adalah kuah mee udang





Boleh dikatakan berbaloi la drive ke Kuala Sepetang
Anak-anak saya kurang gemar udang maka mak ayah depa 
la yang belasah udang-udang ni 
Saya syorkan kalau ke utara singgah sebentar ke Kuala Sepetang
untuk menikmati mee udang Mak Jah
Pastikan Mee Udang Mak Jah! 
(promosi ni hehehe) 



Journey home, naik feri

Oleh kerana masa masuk Penang tak dapat naik feri, time balik ni la kami bawa anak-anak merasa bagaimana rasanya kereta naik feri hehehe... 



Pada saat itu angin sejuk mendayu dayu. Seakan mengucapkan 
selamat tinggal pada kami. Dan sebelum masuk ke kereta, kami ucapkan selamat tinggal pada Penang. 
Gambar yang saya kongsi ini sebahagiannya pemandangan 
di pulau itu dan bagaimana tenangnya pagi itu. 





Kembali ke Putrajaya... the journey

Hari ketiga di Penang kami habiskan masa di hotel sahaja. Anak-anak dengan berenangnya di pool dan ada yang ke pantai. Manakala saya habiskan masa 2 jam di laundry self service di basement hotel untuk membasuh baju-baju kotor. Terlalu banyak! Surprisingly harga cuci dan kering (self service) adalah RM40!!! Ibu bayarlah jugak sbb tak sanggup nak bawa balik baju kotor yg terlalu banyak huhuhu... hotel punnn, awat mahei benorrrr! huhuhu

Dan hari keempat maka kami semua bersiap bagai untuk kembali ke lubuk asal kami. Sempat kami singgah di Gurney Drive. Stop dan ambil gambar. 




Inilah destinasi terakhir kami sebelum meninggalkan 
Pulau Pinang. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar. 
Apa yang saya boleh katakan Pulau Pinang sudah banyak berubah
dari segi pembangunan. Sesekali lalu rasa macam berada di KL pula. Apa yang menyedihkan pembangunan secara massive sedang
dilakukan di sini. Terutama rumah-rumah mewah. 
Apa pun seronok berada di Pulau Pinang dan Insyaallah 
ada rezeki dan panjang umur saya sekeluarga mahu ke sini lagi. 
Apa pun Penang 11 tahun dulu memang jauh berubah! 




Thursday, November 29, 2012

Bukit Bendera...waaahhhhhhh

Pagi tu juga kami keluar. Pertama urusan kerja suami saya perlu diselesaikan. Kami sekeluarga tunggu di luar office client nya. Dalam dok gelak bising bagai dalam kereta, saya ambil keputusan keluar dan sembang dengan pakcik yg bekerja di situ. 

Macam-macam cerita tentang Penang. Cerita penuh kekesalan dan kesedihan. In short, la ni Penang dah tak macam dulu. Katanya Penang diuruskan dengan baik oleh pemimpin BN berbanding PKR. 

Ok ok, no politics aarrr... teruskan penceritaan (seronok niii). Kami ke Bukit Bendera! Meh tengok.... 



Saat menunggu tiket masuk. Beratur memang panjang. Ramai teruja akan Bukit Bendera. Bukan apa tapi keretapi baru telah digantikan dari keretapi lama. Dikhabarkan ianya laju sedikit dari yang lama. Gerabaknya pun boleh muat lebih penumpang berbanding dulu. 





Video yang sempat saya ambil semasa dalam keretapi menuju ke puncak Bukit Bendera aka Penang Hill.... 






Keretapi turun... 


Kami abadikan view Penang dari Bukit Bendera



View memang priceless!!! Terpegun habis dengan keindahan Penang dari puncak Bukit Bendera. 
Nampak jambatan Pulau Pinang dan jambatan yang baru dalam pembikinan 
Indahnyaaaa!! Subhanallah!


Anak saya kata mahal minum di Bukit Bendera
Tapi kalau nak difikirkan, minuman di puncak mana nak sama 
yang kita minum di tempat biasa



Tupai warna hitam spotted semasa kami berjalan menuju ke station train untuk pulang
Kalau anda zoom, mungkin boleh nampak lebih jelas
Apa pun pengalaman di Bukit Bendera pada saya seronok 
dalam erti kata mencuci mata dan minda tatkala berada 
di puncak melihatkan pemandangan yg sangat indah
Insyaallah, panjang umur, ada extra rezeki ke Penang sekali lagi
Bukit Bendera saya akan jadikan agenda mesti pergi! 

Penang!

... dan malam tu sampai la di Penang. Hajat nak naik feri tapi tu diaaaaaa Q punyalah panjang. Maka boss divert kereta ke arah jambatan Pulau Pinang. Ehem, lagi satu sebab adalah minyak dah sampai cecah line last tang bawah tu... seriau mak! hehehe... 

Sepanjang jalan memang hujan. Kali ni sampai di Penang dgn hujan yg lebat. Tapi masih leh nampak pemandangan sebab masa tu jam 6 lebih dekat nak maghrib. 

Selepas itu misi mencari hotel kami. Laluan ikut sign board. Hampir semua jalan di Penang one way maka terasa seakan jauh sampai ke Batu Feringhi. 

Setelah sesat, salah masuk lane, salah turning bagai akhirnya sampai di Parkroyal Batu Feringhi. Malam tu memang penat habis. Selepas dah check in dan berkemas, tukar baju, minum teh O panas, off to bed. Manakala anak-anak masih ada energy untuk berhambat antara satu sama lain. Biaq pi la, ibu nak tidur. Kepala pun cam sakit, badan rasa cam kembang duduk dalam kereta berjam-jam. 

Dan pagi pun menjelma. Saya bangun awal dan bersiap untuk menikmati udara pagi, pantai indah dan breakfast. 




Bersama ayahnya dan Zarif
.... sepagi di pantai Batu Feringhi




... pagi-pagi menunggang kuda
dan dikenakan RM30 pada yang berminat nak naik kuda ni 
best kan :-)




Photography yang sangat lemah... ini gara-gara Zarif amik 
gambar tapi tak apa, janji cukup sifat dalam gambar tu
Tatkala menikmati sarapan di coffee house
Food, so so la.. paling saya suka minum teh panas
dan buah-buahan
Yang lain, biasa-biasa ajer....