Hari ini ke Alamanda. Kalau ada yg tanya tak jemu ke Alamanda jer, saya cuma kata so far tak, mana nak gi lagi. Nak ke KL memang malas rasanya kalau sekadar apa yg mahu ada di sini.
Bermula dengan breakfast bersama hubby di food court Alamanda, menu capati & waffle. Kemudian kami ke Parkson. Tapi sebelum tu singgah di Bonia, saja tengok handbag. Tak beli pun...
Singgah di Biwanis, clearance sale. Katanya clearance sbb depa nak tutup outlet di Alamanda ni. Alhamdullilah, hubby dapat beli 2 pasang baju melayu dengan harga RM60 sepasang and total RM120! Memang berbaloi :-)
Dan melangkah seterusnya ke Parkson.. kebek tu ini, tengok sana sini. Akhirnya hajat hubby nak pi beli periuk kaca Luminarc, capacity 3 liter dengan harga RM119 + 10 stamps bagi pemegang kad Bonuslink, Alhamdullilah, value for money.
Sebelum balik, singgah di kaunter SKII dan bermulalah pembelian set penjagaan kulit muka secara complete. Yes, we spend a fortune huhuhu... tapi gitulah citernya, skin care ni yg elok memang costly. Walaupun kami terpaksa menunggu dengan hanya 1 sales rep yang ada melayan customer 1st time user sangat excited sampai call husband nya hehehe... siapa tak excited dengan SKII. Tu belum guna dan melihat akan hasilnya. Hati berbisik, cam tu la penangan bila 'memiliki' SKII.
Insyaallah, saya nak masukkan beberapa product SKII yang saya purchase. Ianya adalah basic skin care. Tapi dalam pembelian kami petang tadi, ada beberapa item kecil sebagai complimentery diberikan. Alhamdullilah. Bila dapat item kecik-kecik ni teringat masa pakai Clinique, banyak sampai bagi kat kenkawan :))
Selesai membayar kami redeem voucher. Percaya atau tidak, pertama kali dalam sejarah hidup saya redeem voucher yang mempunyai 31 keping!!!!
Sangka berakhir membeli... sambung lagi! hahaha.. sepasang kasut Bonia hubby beli TANPA sesen pun keluar dari dompet, hanya voucher... dan saya membeli beberapa barangan anak-anak dengan voucher serta tambahan RM17... Syukran!
No comments:
Post a Comment