Wednesday, February 20, 2013

Misi Karipap Pusing

Petang kelmarin buat karipap pusing, akhirnya. Mana tak, dah berapa kali keluar masuk si shortening ni sampai tak terkiralah bilangannya :-) dan petang tu, Atiqah kata 'nak buat ke ibu karipap pusing ni?' Dan me said 'jom.. buat la kan, dah banyak kali kita dok defrost shortening ni'... maka misi pun bermula. 

Dan inilah hasilnya huhuhu


Tak berapa cantik. Sesetengahnya ada yang pusing 
dan ada yang macam tiada character karipap pusing 
hehehe.. tak per la janji resipi yg dipindah milik 
ibu mertua 7-8 tahun lalu saya praktikkan :-) 
Texture kerapuhan dah ada cuma nak lebih menjadik lagi 
Insyaallah... ada masa kita buat lagi 

Terima kasih pada Atiqah yg bantu ibu menggoreng 
karipap ni tapi teknik nak goreng ni ibu kena tutor pada Atiqah, Insyaallah. 

Karipap pusing berintikan tuna ****



Sunday, February 3, 2013

Alamanda... Alamanda... dan Alamanda

Hari ini ke Alamanda. Kalau ada yg tanya tak jemu ke Alamanda jer, saya cuma kata so far tak, mana nak gi lagi. Nak ke KL memang malas rasanya kalau sekadar apa yg mahu ada di sini. 

Bermula dengan breakfast bersama hubby di food court Alamanda, menu capati & waffle. Kemudian kami ke Parkson. Tapi sebelum tu singgah di Bonia, saja tengok handbag. Tak beli pun... 

Singgah di Biwanis, clearance sale. Katanya clearance sbb depa nak tutup outlet di Alamanda ni. Alhamdullilah, hubby dapat beli 2 pasang baju melayu dengan harga RM60 sepasang and total RM120! Memang berbaloi :-) 

Dan melangkah seterusnya ke Parkson.. kebek tu ini, tengok sana sini. Akhirnya hajat hubby nak pi beli periuk kaca Luminarc, capacity 3 liter dengan harga RM119 + 10 stamps bagi pemegang kad Bonuslink, Alhamdullilah, value for money. 

Sebelum balik, singgah di kaunter SKII dan bermulalah pembelian set penjagaan kulit muka secara complete. Yes, we spend a fortune huhuhu... tapi gitulah citernya, skin care ni yg elok memang costly. Walaupun kami terpaksa menunggu dengan hanya 1 sales rep yang ada melayan customer 1st time user sangat excited sampai call husband nya hehehe... siapa tak excited dengan SKII. Tu belum guna dan melihat akan hasilnya. Hati berbisik, cam tu la penangan bila 'memiliki' SKII. 

Insyaallah, saya nak masukkan beberapa product SKII yang saya purchase. Ianya adalah basic skin care. Tapi dalam pembelian kami petang tadi, ada beberapa item kecil sebagai complimentery diberikan. Alhamdullilah. Bila dapat item kecik-kecik ni teringat masa pakai Clinique, banyak sampai bagi kat kenkawan :)) 

Selesai membayar kami redeem voucher. Percaya atau tidak, pertama kali dalam sejarah hidup saya redeem voucher yang mempunyai 31 keping!!!! 

Sangka berakhir membeli... sambung lagi! hahaha.. sepasang kasut Bonia hubby beli TANPA sesen pun keluar dari dompet, hanya voucher... dan saya membeli beberapa barangan anak-anak dengan voucher serta tambahan RM17... Syukran! 

Aquarium, Beginners for Dummies.. ehem, like me

Cerita pasal aquarium dan membela ikan memang saya zero. Tapi sebelum saya nak start hobi baru ni, saya buat load of searching of information. 

Sebelum ni saya ada bela ikan di apartment tingkat 13 dalam pasu lebar dengan kiambang bagai. Saya letak ikan kecik kecik yang akhir beranak pinak. That was 10 years ago. A now I have to really understand having pets in an aquarium. The do and donts. Alhamdullilah, banyak blog yang saya singgah membaca amat menarik informasi dia orang share. Dan masih dalam try and error, finally a few deaths happened. 

My guppy to date dah mati dalam 5 ekor, ikan si Aisyah 2 ekor gone and now I am still trying my best to keep those fished alive, Insyaallah. 

Pada beginners cam saya ni, banyak-banyak la browsing dan gain as much information as u can. Kalau main belasah jer kemungkinan kita pun jadi kusam nak teruskan membela ikan comei ni. 

Example, ikan guppy ni memang senang mati tapi sebenarnya mudah dibela.. saya masih cuba memahami hujah blogger yang berikan kata 'hikmah' ini yang buat saya beli lagi ikan guppy. 3 ikan guppy saya cam tengah bunting, saya dah asingkan pada pasu yang dihias serba mampu dengan kiambang untuk depa keep themselves alive huhuhu (doakan beranak ler tiga-tiga ekor ni) 


** pinjam gambar blogger Zone_ik@n

Dan ikan Black Molly ni saya berikan panggilan aquarium cleaner sebab segala makanan yg berlebihan jatuh kat bebatu kecik tu dia patuk makan hehehe... dan setelah sehari berada dalam aquarium, esok pagi saya tengok air jernih!!!! Thank you Black Molly! Awesome la ikan ni hehehe... ada 2 ekor tapi nak tau citer, masa mula-mula masuk dalam aquarium dia patuknya ikan Aisyah yg membuat saya terpaksa masukkan dalam pasu dan ber-house mate dengan guppy betina... dan sehari kemudian, mati. 


** pinjam gambar blogger Zone ik@n

Tetra Neon, asalnya beli 2 ekor tapi bila baca sorang ni punya blog, elok beli banyak sikit kerana ikan ni gerak berkumpulan. Maka saya tambah lagi 10 ekor, 12 kesemuanya. Seronok depa dah ramai :-) 

Dan beli sedikit lumut dari nursery pokok di Dengkil dan kiambang untuk di letakkan dalam pasu. Pagi ni jengah kat pasu, ikan guppy masih bertahan... dan ikan dalam aquarium pun cergas nampak gayanya.

Friday, February 1, 2013

Guppy!!!!

Ada rasa berkenan pulak dengan ikan perhiasan. Gara-gara ke Warta Bangi nampak aquarium cantik-cantik dia orang jual. Dan akhirnya seminggu lepas kami dapatkan sebuah aquarium dalam 1.5 kaki, just nice nak bubuh ikan kecik-kecik ni. 


Maaf gambar tak berapa sharp tapi inilah the best shoot 
leh saya ambil huhuhu... 
Aquarium yang dibeli dalam package
yang dibeli RM215 seperti dalam gambar

Ini saya anggap sebagai permulaan orang seperti saya yg baru nak berhobi membela ikan petite. Dan kelmarin saya beli ikan lagi. Dah jadik cam seronok lak nak menambah penghuni dalam aquarium ni. Tapi tu la kecik kan, jadi nak isi pun kena berpada pada huhuhu. 

Sedikit info tentang ikan yg saya beli. 

Ikan Guppy @RM1.00 x 2 di Dengkil 
Bangi @ RM3.00 / Selayang Mall RM2.50

Ikan Black Molly @ RM1.00 x 2 di Dengkil 

Ikan Tetra Neon @ RM1.00 x 10 di Dengkil 
Selayang Mall @ RM1.50

Nampak tak perbezaan harga. Asalnya saya dapat tahu kedai aquarium di Dengkil bila pusing kat main road tak nampak pun kedai tu. Lalu saya singgah di kedai nursery pokok dan akak tu tunjuk jalan ke kedai aquarium. Apa lagi U turn nak ke kedai tu. Mak oooii, murah ler hehehe.. tapi as said, nak beli kena berpada-pada huhuhu