Ramadhan kali ini disambut dengan seorang lagi ahli keluarga kami, Zahirah. Saat posting saya ini, Ira sudah 7 bulan. Ira dah boleh duduk, merangkak, berdiri dengan berpaut pada something, melepaskan sebelah tangan sambil berdiri.... hahahahaha cepat sungguh anakku ini :-)
Dan kami berperang setiap kali berbuka tapi perang sudah bermula saat saya ke dapur lagi. Ira mahu saya bersamanya.... Ira ibu nak siapkan juadah berbuka, kena la stay dengan kakak semua.
Namun, ianya macam pesta kemeriahan tatkala Ramadhan di rumah saya. Dengan 6 orang anak, 4 berpuasa... saya dan suami, memang tak menang tangan di meja menyenduk makan. Tatkala berjuadah, riang rasanya... inilah saya anggap sebagai quality time. Kerana semua ahli keluarga berada di meja makan menikmati juadah berbuka bersama, Alhamdullilah!
No comments:
Post a Comment