Friday, November 30, 2012

DSLR!

Setelah saya amati gambar segala, rasanya it's time kami sekeluarga memiliki sebuah DSLR. Camera yang dengan lens tu ber-digital, mudah nak delete mana tak cun hehehe... 

Insyaallah mudah mudahan ada la rezeki extra nak ber-DSLR, Amin. Saya memohon maaf sekiranya (memang ada kan kan) gambar tak berapa cantik, video tah apa-apa amatur cam saya nak persembahkan di sini. Tapi seperti yang saya hujahkan, sekadar mampu :-) mampu dari segi 'skill' dan peralatan. 

Apa yang saya gunakan adalah Ipoh Apple huhuhu... sedih kan tapi tak apa, mana tau ada rezeki tahun depan ke dapat beli DSLR.

Doa doakan yer :-)) 

**dalam pada tu bersyukur apa yang ada dari tak ada langsung :-)

Hutan Bakau di Kuala Sepetang


HUTAN PAYA LAUT MATANG
Ianya beberapa meter sebelum ke gerai Mak Jah. Kami singgah 
selepas menikmati juadah mee udang Mak Jah. 
Niat agar anak-anak dapat melihat sendiri keindahan
hutan paya laut dengan berbagai jenis pokok bakau. 





Cantik kan tempatnya. 
Laluan titi kayu ni merangkumi lebih kurang 2.2 km dan ianya sedang elok pada kita yang nak brisk walk di sini. 
Apatah lagi selepas makan mee udang,
 kami ambil kesempatan berjalan-jalan dalam 
pada explore jenis-jenis pokok bakau. 
Oleh kerana kami kesuntukan masa, 
hanya sebahagian titi laluan yang kami lalui. 
Masa untuk drive pulang dan jam menunjukkan 5.30 petang. 
Juga video amatur saya sertakan. 
Ambil mana yang mampu dan semoga dapat gambaran keadaan di sini. Dalam erti kata lain, ianya tempat yang indah.... 

 


Ada disertakan informasi tentang hutan paya ini. 
Betapa ianya menyokong eco-sistem laut negara kita. 
Kagum sangat dengan ciptaan Allah. 
Apa jua kejadian dan ciptaanNYA mempunyai sebab musabab. 


Gambar kenangan berada di sini. 
Semoga pihak berkenaan dapat mempromosikan 
keindahan hutan paya ini pada umum.
Lokasi & seni bina sudah cun, tunggu para pengunjung 
datang memeriahkan lagi lawatan di sini. 
Juga saya berharap agar ianya dijaga dengan penuh tertib. 
Yang paling saya bimbang pembuangan sampah merata-rata. 
Harap pengunjung dapat mendisiplinkan diri malah aware pada anak-anak kalau depa dok nak buang sampah, laranglah mereka atau lebih baik sampah dibuang di tempat yang sepatutnya. 


Sepetang di Kuala Sepetang

Dalam perjalanan pulang hubby divert ke exit Taiping untuk ke Kuala Sepetang. Niat ingin mencuba mee udang Mak Jah yang famous tu. 

Redah punya redah banyak jugak gerai makan mee udang. Macam-macam nama ada. Tapi misi adalah mencari mee udang Mak Jah dan gerai mee udang Mak Jah kami sampai. 

Lokasi di tepi jalan selepas Hutan Simpan Paya Bakau. Kalau gerai tu nampak ramai orang sah sah Mak Jah nyer. Belok jer masuk ke gerai Mak Jah, ada surau di hadapan, mudahnya. Lepas makan boleh solat jamak. Malah parking lot pun disediakan.  

Teruja dengan menu Mak Jah yang udang segala, kami order mee udang dan nasi goreng udang. Ada special dan ada biasa. Bezanya yang biasa udang L size manakala yang special udang XL size. Oleh kerana anak-anak saya bukan penggemar udang, maka yang biasa kami order manakala hubby minta yang special, niat nak tengok size udang besar cam mana. 



Ini mee udang special, harga RM11.00 semangkuk dan lihatlah betapa berpuas hatinya hubby saya hehehe
Memang sedap mee udang Mak Jah ni
Kuahnya tak terlalu pedas, bak kata secukup rasa
Tak leh nak cari negative fault pada juadah mee udang ni 




Manakala saya makan mee udang biasa, RM7.00 semangkuk
Anggaplah udang size ini sudah cukup bagus pada saya
 Udangnya pun banyak, memang puaslah makan udang
Kuahnya superb! Nak copy pun rasanya payah ler... 
Manis udang ni terasa sangat malah masak udang ni just perfect
Tak over cooked
Begitu juga nasi goreng udang ni 
Nasi gorengnya sedap
Udang dalam 7-8 ekor dalam nasi goreng ni
Diletakkan dalam bentuk sampan dan kuah sebelahnya 
adalah kuah mee udang





Boleh dikatakan berbaloi la drive ke Kuala Sepetang
Anak-anak saya kurang gemar udang maka mak ayah depa 
la yang belasah udang-udang ni 
Saya syorkan kalau ke utara singgah sebentar ke Kuala Sepetang
untuk menikmati mee udang Mak Jah
Pastikan Mee Udang Mak Jah! 
(promosi ni hehehe) 



Journey home, naik feri

Oleh kerana masa masuk Penang tak dapat naik feri, time balik ni la kami bawa anak-anak merasa bagaimana rasanya kereta naik feri hehehe... 



Pada saat itu angin sejuk mendayu dayu. Seakan mengucapkan 
selamat tinggal pada kami. Dan sebelum masuk ke kereta, kami ucapkan selamat tinggal pada Penang. 
Gambar yang saya kongsi ini sebahagiannya pemandangan 
di pulau itu dan bagaimana tenangnya pagi itu. 





Kembali ke Putrajaya... the journey

Hari ketiga di Penang kami habiskan masa di hotel sahaja. Anak-anak dengan berenangnya di pool dan ada yang ke pantai. Manakala saya habiskan masa 2 jam di laundry self service di basement hotel untuk membasuh baju-baju kotor. Terlalu banyak! Surprisingly harga cuci dan kering (self service) adalah RM40!!! Ibu bayarlah jugak sbb tak sanggup nak bawa balik baju kotor yg terlalu banyak huhuhu... hotel punnn, awat mahei benorrrr! huhuhu

Dan hari keempat maka kami semua bersiap bagai untuk kembali ke lubuk asal kami. Sempat kami singgah di Gurney Drive. Stop dan ambil gambar. 




Inilah destinasi terakhir kami sebelum meninggalkan 
Pulau Pinang. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar. 
Apa yang saya boleh katakan Pulau Pinang sudah banyak berubah
dari segi pembangunan. Sesekali lalu rasa macam berada di KL pula. Apa yang menyedihkan pembangunan secara massive sedang
dilakukan di sini. Terutama rumah-rumah mewah. 
Apa pun seronok berada di Pulau Pinang dan Insyaallah 
ada rezeki dan panjang umur saya sekeluarga mahu ke sini lagi. 
Apa pun Penang 11 tahun dulu memang jauh berubah! 




Thursday, November 29, 2012

Bukit Bendera...waaahhhhhhh

Pagi tu juga kami keluar. Pertama urusan kerja suami saya perlu diselesaikan. Kami sekeluarga tunggu di luar office client nya. Dalam dok gelak bising bagai dalam kereta, saya ambil keputusan keluar dan sembang dengan pakcik yg bekerja di situ. 

Macam-macam cerita tentang Penang. Cerita penuh kekesalan dan kesedihan. In short, la ni Penang dah tak macam dulu. Katanya Penang diuruskan dengan baik oleh pemimpin BN berbanding PKR. 

Ok ok, no politics aarrr... teruskan penceritaan (seronok niii). Kami ke Bukit Bendera! Meh tengok.... 



Saat menunggu tiket masuk. Beratur memang panjang. Ramai teruja akan Bukit Bendera. Bukan apa tapi keretapi baru telah digantikan dari keretapi lama. Dikhabarkan ianya laju sedikit dari yang lama. Gerabaknya pun boleh muat lebih penumpang berbanding dulu. 





Video yang sempat saya ambil semasa dalam keretapi menuju ke puncak Bukit Bendera aka Penang Hill.... 






Keretapi turun... 


Kami abadikan view Penang dari Bukit Bendera



View memang priceless!!! Terpegun habis dengan keindahan Penang dari puncak Bukit Bendera. 
Nampak jambatan Pulau Pinang dan jambatan yang baru dalam pembikinan 
Indahnyaaaa!! Subhanallah!


Anak saya kata mahal minum di Bukit Bendera
Tapi kalau nak difikirkan, minuman di puncak mana nak sama 
yang kita minum di tempat biasa



Tupai warna hitam spotted semasa kami berjalan menuju ke station train untuk pulang
Kalau anda zoom, mungkin boleh nampak lebih jelas
Apa pun pengalaman di Bukit Bendera pada saya seronok 
dalam erti kata mencuci mata dan minda tatkala berada 
di puncak melihatkan pemandangan yg sangat indah
Insyaallah, panjang umur, ada extra rezeki ke Penang sekali lagi
Bukit Bendera saya akan jadikan agenda mesti pergi! 

Penang!

... dan malam tu sampai la di Penang. Hajat nak naik feri tapi tu diaaaaaa Q punyalah panjang. Maka boss divert kereta ke arah jambatan Pulau Pinang. Ehem, lagi satu sebab adalah minyak dah sampai cecah line last tang bawah tu... seriau mak! hehehe... 

Sepanjang jalan memang hujan. Kali ni sampai di Penang dgn hujan yg lebat. Tapi masih leh nampak pemandangan sebab masa tu jam 6 lebih dekat nak maghrib. 

Selepas itu misi mencari hotel kami. Laluan ikut sign board. Hampir semua jalan di Penang one way maka terasa seakan jauh sampai ke Batu Feringhi. 

Setelah sesat, salah masuk lane, salah turning bagai akhirnya sampai di Parkroyal Batu Feringhi. Malam tu memang penat habis. Selepas dah check in dan berkemas, tukar baju, minum teh O panas, off to bed. Manakala anak-anak masih ada energy untuk berhambat antara satu sama lain. Biaq pi la, ibu nak tidur. Kepala pun cam sakit, badan rasa cam kembang duduk dalam kereta berjam-jam. 

Dan pagi pun menjelma. Saya bangun awal dan bersiap untuk menikmati udara pagi, pantai indah dan breakfast. 




Bersama ayahnya dan Zarif
.... sepagi di pantai Batu Feringhi




... pagi-pagi menunggang kuda
dan dikenakan RM30 pada yang berminat nak naik kuda ni 
best kan :-)




Photography yang sangat lemah... ini gara-gara Zarif amik 
gambar tapi tak apa, janji cukup sifat dalam gambar tu
Tatkala menikmati sarapan di coffee house
Food, so so la.. paling saya suka minum teh panas
dan buah-buahan
Yang lain, biasa-biasa ajer....