Monday, October 15, 2012

Sogo, Kuala Lumpur

A week sebelum suami ke Doha, kami sempat ke Sogo. Oleh kerana 20 minit lagi Sogo nak buka, kami menunggu di pintu masuk. 10 minit sebelum Sogo buka, pekerja Sogo bawa air teh dijamunya pada pelanggan yg menunggu di luar. Dan kemudian ada briefing penghargaan pada yg menunggu. Siap tunduk hormat sekali. Memang Japanesse! Tatkala pintu dibuka, kesemua pekerja Sogo akan berdiri secara hormat mengalu-alukan kedatangan pelanggan. 1st time I experience the morning moment at Sogo. Ketika berjalan senyuman sentiasa terukir dan mereka ucapkan good morning. Sesekali rasa segan pun ada tapi inilah policy Sogo, customer is valuable.

Pic 2 wanita pekerja Sogo berikan briefing penghargaan kepada pelanggan yg sanggup menunggu pada pagi itu utk pintu shopping mall ini dibuka.


41!

This year me age 41. Masa sgt pantas! Tanda2 penuaan sedang berlaku hehehe.. begitulah kejadian ALLAH jua, yg muda akan tua, dan yg hidup akan pergi jua.

1 January 2012, tarikh sedih saya kehilangan bapa angkat saya iaitu Arwah Haji Mahmud bin Selimin. Bukan sebarang bapa angkat tapi arwah adalah bapa yg membesarkan saya sbg anak angkat dr umur 9 hari sampailah hayatnya. Al Fatihah.

Juga pada tarikh 13 January 2010, saya kehilangan bapa kandung saya iaitu Arwah Haji Abbas bin Pilus. Inilah bapa kandung saya yg tertera namanya dalam sijil perkahwinan saya. Al Fatihah.

Loads of moments nak saya isikan di sini, InsyaAllah, ada masa saya masukkan. Dan pic saya terkini at age 41. Put on weight sebenarnya. Now trying very hard to loose weight. Dgn sakit tumit yg teramat sgt, doktor andai berat badan adalah penyebab. Tapi nampaknya bukan weight problem. Apa pun saya tetap brisk walk as and when time mengiizinkan. Walaupun ALLAh berikan sakit sebegini, saya syukur saya masih boleh lagi uruskan anak2 dan suami. Mudah2an kesihatan baik diberikan berterusan demi kerana ALLAH juga tanggungjawab saya laksanakan, Amin.


Sunday, October 14, 2012

Me and my kids

Hari ini saya berkongsi diri dgn anak bongsu saya, Nur Zahirah yg sudah 2++ tahun. Saya abadikan gambarnya di sini.


Juga anak anak saya iaitu Aisyah, Zarif & Firdaous. Kesemuanya sudah bersekolah. Perghh time flies, next year 2013, Zarif bakal menduduki UPSR, Aisyah stardard 3 and Firdaous gonna be standard 2. Besor dah depa.



Firdaous and Zarif are so into soccer. Dua beradik ni tiap petang main bola dgn kawan2 kat kawasan rumah kami. Acara soccer siapa lawan siapa pun depa sentiasa update. Well, boys are boys hehehe. Untuk anak sulong and 2nd, memang payah saya nak masukkan gambar. Susah benar nak bergambar tapi Insyaallah, snap satu, I load :-)

Semoga ALLAH jadikan anak2ku org yg beriman, soleh, solehah, berjaya di dunia dan akhirat juga dijauhi dr dosa2 besar. Amin.

Along Ina....

Saya mengenali Along Ina (nama yg digunakan dlm website wanita melayu) atau lebih dikenali dgn nama Cikgu Ina melalu blognya. Bermula dgn penjualan Molfix baby disposable diapers yg suatu ketika dulu saya adalah pengedar juga usahasama mengimport product ini dari Turkey.

Atas dasar itu saya mengenalinya. Pernah bertemu di Precint 8 di kawasana rumah kedai Guardian/RHB Bank/ Bakers Cottage kerana menghantar stock Molfix padanya. Orgnya sgt peramah dan tak kering gusi bila berbicara. Malah anak saya cukup seronok mendengar celotehnya.

Dan dari biacara seorang guru inilah saya kenalinya sebagai guru yg dedikasi. Banyak saya dpt info tentang pengalaman mendidik anak-anak berbilang bangsa. Kemudian saya ungkap kembali apa yg diperkatakan pada anak saya 'inilah guru yg sekolah putrajaya patut ada'.

Hari ini saya amat terkejut membaca entry nya tentang penyakit yg ditanggung. Berlinang air mata tatkala saya membalas entry Ina. Sebak sgt hati ni. Ianya atas kehendak ALLAH jua. Maka kita hanya dpt redha dan berusaha utk penyembuhan dgn usaha, doa & tawakkal. Sampai ke petang ni saya teringatkan Along Ina. Dan sekali lagi saya baca entry beliau.

Sungguh besar dugaan ALLAH berikan. Tapi percayalah apa yg diberikanNYA adalah mengikut kemampuan di hamba memikulnya. InsyaAllah, rakan taulan termasuk diri saya akan sentiasa doakan utk Along Ina.

Buat Along Ina, akak minta maaf sbb hampir 3 tahun tak membuka blog sendiri. Ucapan taniah atas kejayaan UPSR anak akak buat akak tersenyum pagi tadi di mana pagi tadi adalah hari pertama akak menjengah blog sendiri. Ini bermakna Along Ina off and on menjengah blog akak, thank you so much. Akak cukup terharu. Semoga selepas ini kita dpt bertemu lagi, akak harap sgt. Contact number Along Ina dah tiada dlm simpanan akak. Jika ada rakan taulan yg membaca entry saya and in any chance ada contact number Along Ina, please forward to me.

'Ya ALLAH, permudahkanlah buat hambaMu juga rakanku segala apa jua urusannya dan makhbulkanlah doa kami agar rakan kami ini kembali mendapat kesihatan yg baik. Kerana setiap apa yg diusahakan olehnya hanya kerana ALLAH jua, Amin'

Blog saya mesti active!

Setelah sekian lama melayan FB, maka saya ambil keputusan utk tamatkan 'riwayat' FB saya. Kenapa? Dun know laa.. mungkin it's time saya lebih fokus pada blog saya kot. Setelah sekian lama 'tanpa' menjengah blog malah tidak update langsung. Inilah padahkan bila sesuatu yg dilakukan tanpa disiplin.

Now Insyaallah, I will update my blog. Maybe kali ni dgn sedikit ilmu saya kongsi. Mudah2an ilmu dan cerita ceriti saya dapat kebaikan pada semua malah utk diri saya.

The last time I updated my blog was 2010. Lama sungguh! Kali ni saya ingin active kan blog ni, Insyaallah. Semoga saya dapat mendidik diri utk lebih disiplin.

Friday, November 12, 2010

It's Been A While ....

Lama sungguh tida update. Sibuk dan tak ada idea nak menurunkan updates.... actually tiada mood :-) Today at this date I am at home with my kids. My husband is away and he is in Bern, Swiss. Teusday he be home, Insyaalah. Rabu kita semua Raya Haji. So, u can see that preparation is done by my kids and me :-((

People asked me (the people I am refering are my friends hehehe) do you feel lonely. I said, YES INDEED. At this age of 39 and having my kids with me plus my Baby Zahirah is already 10 months, I do felt the 'loneliness'. Heran kan??? Lonely cam mana?? Unexplained!

My doter Nur Hanisah had good result in her UPSR, 4A + 1B. I said good because she expected 2A only and me, 3A jer. I am proud of her, really really proud of her. She has done a GREAT JOB! Masa amik result Nisah mengalirkan air mata. And me too. This is the best achievement ever in all her exams. Good job Nisah and love u always.

What else nak citer..... tak ada la kot, mood tak bagus. Kesian kan kat I hehehehe

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan 2010

Ramadhan kali ini disambut dengan seorang lagi ahli keluarga kami, Zahirah. Saat posting saya ini, Ira sudah 7 bulan. Ira dah boleh duduk, merangkak, berdiri dengan berpaut pada something, melepaskan sebelah tangan sambil berdiri.... hahahahaha cepat sungguh anakku ini :-)

Dan kami berperang setiap kali berbuka tapi perang sudah bermula saat saya ke dapur lagi. Ira mahu saya bersamanya.... Ira ibu nak siapkan juadah berbuka, kena la stay dengan kakak semua.

Namun, ianya macam pesta kemeriahan tatkala Ramadhan di rumah saya. Dengan 6 orang anak, 4 berpuasa... saya dan suami, memang tak menang tangan di meja menyenduk makan. Tatkala berjuadah, riang rasanya... inilah saya anggap sebagai quality time. Kerana semua ahli keluarga berada di meja makan menikmati juadah berbuka bersama, Alhamdullilah!